Tuesday 27 December 2011

Pelbagai Kecerdasan Dan Kemahiran Berfikir

1. Apakah Tujuan Unit Ini ?

Dalam unit ini anda akan memahami lapan kecerdasan dan kemahiran berfikir yang perlu diperkembangkan di kalangan pelajar anda dalam p&p untuk pembelajaran masteri.

2. Mengapa Lapan Kecederasan dan Kemahiran Berfikir Perlu Diperkembangkan?
 Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu diperkembangankan.
 Kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup.
 Untuk menguasai sesuatu yang diajar,pelajar anda perlu mahir berfikir secara kritis dan kreatif,membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
3. Bagaimanakah Lapan kecerdasan Diperkembangankan?
 Menurut Howard Gardner,seorang mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan berikut:
Bahasa
Logik-matematik
Ruang (spatial)
Muzik
Kinestetik
Interpersonal
Intrapersonal
Naturalistik

1. Ciri-ciri setiap kecerdasan itu diberi dalam jadual 1
2. Guru harus mengenal pasti pelajar yang pintar cerdas atau berbakat dan membantu mereka memperkembangkan lagi dalam kecerdasan itu dengan aktiviti pengayaan.
3. Lapan kecerdasan tersebut tidak wajar sebagai satu topic yang berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa p&p.





Jadual 1: Ciri-ciri Lapan kecerdasan
kecerdasan Cerdas dalam Pekerjaan
Bahasa Menulis karangan,sajak,piusi,pantun dan memberi ucapan Penulis,penyajak,penceramah
Logik Matematik Menaakul,kiraan,membuat analisis Saintis,jurutera,akauntan
Ruang Mencorak,melukis,mengukir Pelukis,pengukur
Muzik Mencipta lagu,menyanyi,menikmati muzik,memain alat muzik Pencipta lagu,penyanyi,pemain alat muzik,peminat muzik.
Kinestetik Gerakan,tarian,lakonan,sukan,memain permainan Atlit,pemain bola sepak,peninju,penari,pelakon
Interpersonal Perhubungan manusia Diplomat,ahli polotik,peniaga
Interapersonal Nilai murni,pendirian,falsafah Pengarang,penyajak,ahli falsafah
Naturalistik Mengecam sifat semula jadi,memburu dan pertanian Pemburu,petani,ahli sains semulajadi.


4. Ini bermakna,selain daripada penguasaan isi kandungan atau kemahiran dalam mata pelajaran itu,guru harus juga mengembangkan kelapan-lapan kecerdasan tersebut di kalangan pelajar.
5. Misalnya,dalam mata pelajaran bahasa guru harus:

Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan bahasa seperti penulisan karangan,sajak atau puisi,memberi ucapan,dan perbahasan.Kecerdasan interpersonal boleh juga dikembangkan apabila pelajar anda membuat pendirian atau pegangan atau memberi pendapatnya.Mengembangkan kecerdasan lain dengan kaedah atau aktiviti berikut:
Pembelajaran koperatif :mengembangkan kecerdasan interpersonal lakonan,permainan,simulasi,dan main peranan:mengembangkan kecerdasan kinestetik ,interpersonal,intrapersonal dan mungkin ruang melukis,melakar,membuat gambar rajah atau peta konsep:mengembangkan kecerdasan ruang
Menyanyi lagu,menulis lirik atau seni kata lagu:mengembangkan kecerdasan muzik.

1. Dalam mata pelajaran Sains,anda harus:

1. Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logic matematik seperti kemahiran:

>Menaakul secara logik
>membuat kiraan
>membuat analisis seperti membanding,membeza,mengkelas,menilai,menyusun atur,atau mentafsir
>membuat sistesis seperti membuat infrens,kesimpulan,hipotesis,rumusan
>membuat keputusan
>menyelesaikan masalah

2. Mengembangkan kecerdasan yang lain seperti bahasa ruang,kinestetik,muzik,interpersonal dan intrapersonal dengan aktiviti yang sesuai seperti tersebut di atas

3. Apakah kemahiran berfikir?

1. Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek
2. Terdapat beberapa istilah berikut yang biasa digunakan untuk mengelaskan kemahiran berfikir:

1. Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi:
1. Kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam.Contoh:kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat
2. Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam.Contoh:kemahiran menjelaskan,membuat analisis,menilai,menjanakan idea,membuat keputusan,menyelesaikan masalah dan merancang .
3. Perkataan ‘kemahiran berfikir`yang biasa digunakan bermaksud kemahiran berfikir aras tinggi.


2. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)

1. KBKK adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data dan maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding,membeza,menyusur atur,mengkelas,dan mengenal pasti sebab dan akibat
2. KBKK adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak,pelbagai dan baru
3. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran berfikir secara kreatif


3. Pemikiran ‘vertical’ dan ‘lateral’:

1. Pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logic dan kritis

Contoh:Ali cedera di lututnya.Basikalnya kemek.Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku?

2. Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik;pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif.

Contoh:Bagaimanakah kita boleh ukur tinggi sesuatu pokok?


4. Pemikiran bertumpu dan bercapah:

1. Dalam pemikiran bertumpu , tumpuan pemikiran diberi dalam menganalisis sesuatu data atau maklumat.

Contoh: Ali demam. Dia tidur di bilik darjah. Mengapa Ali tidak faham apa yang cikgu mengajar?

2. Dalam pemikiran bercapah, kita hendak mengeluarkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru.

Contoh: Apakah kegunaan kotak buangan ?

3. Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan melalui mana-mana istilah tersebut di atas harus dikuasai oleh pelajar anda:

1. Membuat kaitan:

Pelajar anda harus boleh mengiatkan dengan cepat dan luas mengenai sesuatu.

Contoh: Apakah boleh dikaitkan dengan ‘BUKU’?

2. Membanding dan membeza:

Pelajar anda harus boleh berbanding dan membezakan dua atau lebih benda , cerita , atau cara dengan mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan serta membuat huraian atau kesimpulan.

Contoh: Banding dan bezakan dua cerita: “Sang Kancil dan Buaya” dengan “Anjing dengan Bayang-bayang”.

3. Mengkelaskan:

1. Pelajar anda harus boleh mengkelaskan pelbagai benda, cerita dan cara di dalam kelas-kelas yang sesuai.

2. Kemahiran ini melibatkan kemahiran membanding dan membezakan ciri-cirinya serta mengkelaskannya di dalam kelas-kelas yang sesuai.

Contoh: Kumpulkan yang berikut ke dalam kelas-kelas yang sesuai: buku, anjing, pokok bunga raya, harimau, Ahmah.

3. Menilai

Pelajar anda harus boleh menilai sesuatu benda, tindakan, watak, cerita atau cara untuk menentukan sama ada baik, menarik, kelebihannya, akan berjaya, atau kreatif.

Contoh: Ali terlupa bawa pensel ke sekolah. Ahmad meminjamkan penselnya kepada Ali. Nilaikan perbuatan Ali dan Ahmad.

4. Menyusun atur:

Pelajar anda harus boleh menyusun atur perkataan, ayat, idea, tugas, tindakan, atau cara mengikut sesuatu urutan, ploa, hierarki atau keutamaan yang dikehendaki.

Contoh: Susunkan tugas berikut mengikut keutamaan:
1. Siram pokok bunga.
2. Baiki tayar basikal yang bocor.
3. Baut latihan matematik.

1. Mengenal pasti pernyataan ‘benar’ dan ‘palsu’:

Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan ‘benar’ dan ‘palsu’ dengan menggunakan pengetahuannya atau dengan menakul secara logik.

Contoh: Yang manakah benar?

1. Matahari terbit di Barat.
2. Lembu makan rumput.

1. Mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat:

1. Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat.
2. Pernyataan berasaskan fakta senang dibuktikan sama ada benar atau salah
3. Pernyataan berasaskan pendapat adalah pandangan seseorang dan pernyataan itu susah dibuktikan sama ada benar atau salah

Contoh;1.Sekolah Ali mendapat 75% kelulusan dalam peperiksaan PMR pada tahun ini.(pernyataan berasaskan fakta:faktanya ialah 75% kelulusan dalam peperiksaan PMR pada tahun ini)

2. Pelajar akan belajar dengan lebih berkesan sekiranya mereka belajar dengan muzik.(pernyataan berasaskan pendapat :pendapat ialah sekiranya mereka belajar dengan muzik)
3. Mengenal pasti pernyataan berat sebelah:

Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan yang berat sebelah
Contoh:Kenal pasti sama ada pernyataan berikut adalah berat sebelah;

1. Lebih daripada 90% pengguna termasuk Awie menggunakan sabun x berbanding dengan sabun Y
2. Makanan kesihatan X mengandungi lebih banyak vitamin A tetapi harganya lebih tinggi berbanding dengan makanan kesihatan Y.


3. Mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai sebab:

1. Pelajar harus boleh mengenal pasti sebab bagi sesuatu tindakan atau kejadian.

Contoh: Kenal pasti sebab daripada dua pernyataan berikut: Ali terlanggar kereta. Kakinya patah.

2. Pelajar harus juga boleh menyatakan pelbagai sebab mengapa sesuatu tindakan atau kejadian berlaku.

Contoh: Aminah menangis. Mengapa?

3. Mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat:

1. Pelajar harus boleh mengenal pasti akibat sesuatu tindakan atau kejadian.

Contoh: Kenal pasti akibat daripada dua pernyataan berikut: Ali tidak membuat kerja rumah yang diberi oleh gurunya. Bapa Ali menasihatinya.

2. Pelajar anda harus juga boleh meramal pelbagai akibat bagi sesuatu tindakan atau kejadian.

Contoh: Ahmad memandu keretanya dengan laju. Apakah yang mungkin terjadi?

3. Membuat inferens atau kesimpulan awal:

Pelajar anda harus boleh membuat generalisis atau hipotesis dengan mendapatkan satu pola dan membuat satu pernyataan umum atau hipotesis.

Contoh: Aminah boleh menjahit baju. Siti juga boleh menjahit baju. Apakah generalisasi atau pernyataan umum yang boleh dibuat?

4. Mentafsir:

Pelajar harus boleh mentafsir perkataan , ayat , gambar , atau graf .

Contoh: Mentafsir ayat berikut:

1. Orang itu panjang tangan.
2. Air tenang jangan di sangka tiada buaya.

1. Mengenal pasti idea utama , idea sokongan dan butir-butir terperinci:

1. Pelajar harus boleh mengenal pasti idea utama , idea sokongan dan butir-butir terperinci untuk pemahaman yang lebih jelas.
2. Idea utama dalam sesuatu perenggan mengambarkan isi kandungan di dalam perenggan itu.
3. Idea sokongan menerangkan idea utama.
4. Butir-butir terperinci menghuraikan dengan lebih mendalam tentang idea utama atau idea sokongan.

Contoh: Kenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci di dalam maklumat berikut:
Ali suka bermain bola sepak. Mereka bermain di padang kampong mereka. Padang itu kecil.

2. Merujus atau meringkas:

1. Pelajar harus boleh merumus melibatkan kemahiran mengenal pasti dan menyusun idea utama dan idea sokongan yang penting dan kemudian menyatakannya secara ringkas.

Contoh: Ringkaskan perenggan yang diberi di atas .

2. Membuat keputusan;

Pelajar anda harus boleh membuat keputusan mengikut langkah-langkah berikut:

1. Janakan pelbagai pilihan.
2. Ramalkan akibat untuk sesuatu pilihan.
3. Tentukan kriteria seperti keselamatan, kos, masa, minit, atau kriteria lain untuk membuat pilihan.
4. Pilih pilihan terbaik berasakan kriteria.

Contoh: Anda ingin membeli kasut sukan. Apakah yang harus di ambil kira untuk memilih jenis kasut sukan?

1. Menyelesaikan masalah:

1. Pelajar harus boleh menyelasaikan dua jenis masalah iaitu yang memerlukan idea baru dan memerlukan analisis.
2. Pelajar boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan idea baru dengan mengikut langkah berikut:

1. Janakan cara atau idea untuk menyelesaikan masalah itu.
2. Pilih cara yang difikirkan baik.
3. Laksanakan cara yang telah dipilih itu.
4. Nilai sama ada cara itu berkesan.

Contoh: Persatuan Pengakap bercadang membersihkan satu kawasan pantai yang tercemar tetapi menghadapi masalah kewangan. Bagaimanakah persatuan itu boleh mendapat wang?

1. Pelajar boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan analisis dengan mengikut langkah berikut:

1. Tentukan faktor yang mungkin menyebabkan masalah itu berlaku.
2. Janakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah itu.
3. Pilih cara yang terbaik.
4. Laksanakan cara yang telah dipilih itu.
5. Nilai sama ada cara itu berkesan.

Contoh: Kebanyakan pelajar di sekolah X lemah dalam mata pelajaran Matematik. Bagaimanakah masalah itu boleh diselesaikan?

4.Bagaimankah Kemahiran Berfikir Boleh Dikembangkan?

1. Guru harus mengembangkan kemahiran berfikir tersebut diatas dengan pendekatan penyerapan.
2. Dalam pendekatan penyerapan, kemahiran berfikir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran dikembangkan.
3. Pelajar perlu juga tahu akan jenis kemahiran berfikir yang digunakan serta langkah-langkah dalam proses berfikir.
4. Dalam perkembangkan kemahiran berfikir, guru harus juga menegaskan proses berfikir iaitu langkah-langkah dalam kemahiran berfikir itu.
5. Contoh: Dalam topik “ Benda-benda Hidup” , mata pelajaran Sains sekolah rendah, guru boleh mengembangkan kemahiran membanding dan membeza secara mengkelaskan benda hidup selain daripada mengenal pasti pelbagai benda hidup.
6. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berhubung dengan kemahiran membuat ayat yang mudah, anda boleh mengembangkan kemahiran menyusun atur dengan memberi perkataan dan meminta pelajar menyusunnya untuk mendapatkan ayat yang bermakna.

Contoh: Susun perkataan berikut supaya menjadi ayat yang bermakna: Badminton dengan Ali kawan-kawannya.
7. Apabila pelajar telah tahu tentang setiap kemahiran berfikir tersebut di atas , anda harus memperkukuhkan penguasaannya dengan menggunakan pelbagai aktiviti.
8. Lihat contoh di bawah ini:

Ali dan Ahmad nampak seorang tua sedang berdiri di tepi jalan.Orang tua itu hendak melintas jalan tetapi tidak berbuat demikian kerana rasa takut dan terlalu banyak.Ahmad sendiri melintas jalan.Ali membantu orang tua itu melintas jalan.

1. Guru boleh mengembankan kemahiran berfikir aras rendah dengan soalan berikut:
a. siapa yang nampak orang tua di tepi jalan?
b. Apakah yang hendak dibuat oleh orang tua itu?
c. Siapakah dibantu oleh Ali untuk melintas jalan

2. Guru boleh mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi dengan soalan atau aktiviti berikut:

a. mengapakah orang tua itu tidak melintas jalan?
b. Apakah akan terjadi sekiranya ali tidak membantu orang tua itu?
c. Apakah pendapat anda tentang tindakan ali dan ahmad?
d. Bandingkan watak ali dengan watak ahmad?
e. Bangaimanakah orang tua itu boleh melintas jalan sekiranya tiada ali?
f. Tuliskan sepucuk surat kepada majlis bandaraya untuk memberi cadangan bagi orang awam melintas jalan raya yang sesak
g. Perbahasan dua kumpulan akan dibahaskan yang berikut:`kereta persendirian harus tidak dibenarkan di Bandar`
h. Projek:buat satu kajian tentang jalan raya yang sangat sesak dan menyusahkan orang awam melintas jalan raya berhampiran rumah anda
i. Melukis jejantas untuk orang tua melintas jalan

3. aktiviti yang boleh digunakan untuk mengembangkan kemahiran berfikir termasuk:

a. soal jawab
b. sumbang saran
c. permainan
d. pertandingan
e. kuiz
f. teka teki
g. perbahasan
h. projek:

:mereka bentuk
Mereka cipta
Mengkaji
Menyelidik
Membuat ekperimen
Menghasilkan sesuatu produk
Menyelesaikan sesuatu masalah

1. Aktiviti untuk mengembangkan kemahiran berfikir yang tersebut di atas boleh dilakukan secara kelas,kumpulan atau perseorangan

5.Rumusan
1.Dalam p&p untuk pembelajaran masteri,guru harus mengembangkan lapan kecerdasan dan kbkk dikalangan pelajar
2.lapan kecerdasan yand dikemukakan oleh H.Gardner ialah bahasa logic matematik,ruang,kinesetik,interpersonal,intrapersonal dan naturalistic
3.Anda harus tahu pelbagai istilah yang digunakan untuk mengelaskan kemahiran berfikir seperti:

a. kemahiran berfikir aras rendah dan tinggi
b. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
c. pemikiran vertical dan lateral
d. pemikiran bertumpu dan bercapah

Kemahiran berfikir yang harus dikuasai oleh pelajar adalah:

a. membuat kaitan
b. membanding dan membeza
c. mengelaskan
d. menilai
e. menyusun atur
f. mengenal pasti pernyataan benar atau salah
g. mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat
h. mengenal pasti pernyataan berat sebelah
i. mengenal pasti sebab dan menyatakan pelbagai sebab
j. mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat
k. membuat infrens atau kesimpulan awal
l. membuat generalisasi atau hipotesis
m. mentafsir
n. mengenal pasti idea utama,idea sokongan dan butir butir terperinci
o. merumus atau meringkas
p. membuat keputusan
q. menyelesaikan masalah

5.guru harus menggunakan pelbagai aktiviti untuk mengembangkan lapan kecerdasan dan kemahiran berfikir yang tersebut di atas