fakhrul upsi
FAKHRUL ANWAR BIN ABDULLAH D20102043455 PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
Sunday, 29 July 2012
SEMANTIK DAN PRAGMANTIK BAHASA MELAYU
1.0 Pendahuluan
Perkataan Metafora dikatakan berasal daripada perkataan Greek, iaitu meta bermaksud ’atas’, manakala pherein bermakna ’diangkat’. Oleh itu metafora merujuk kepada satu proses linguistik di mana sesetengah karakteristik sesuatu subjek ’diangkat ke atas’ atau dipindahkan kepada objek yang lain. Oleh yang demikian, objek yang kedua dituturkan atau diaplikasikan seolah-olah ia berada pada kedudukan objek yang pertama. Menurut John Lakoff dan Mark Johnson (1987), umumnya metafora dilihat sebagai satu alat yang menggambarkan imaginasi puitis. Kaya dengan aspek retorikal dan biasanya juga dianggap sebagai suatu bentuk bahasa yang luar biasa. Metafora juga biasanya dilihat sebagai karakteristik bahasa sahaja iaitu sebagai suatu perkataan dan bukannya sebagai alat pemikiran atau perbuatan.Kajian lakoff dan Johnsoan (1980) memberikan impak yang besar terhadap kajian semantik kognitif khususnya metafora. Lakoff dan Johnson (1980) menegaskan bahawa metafora wujud dalam kehidupan seharian manusia melalui bahasa, pemikiran dan tindakan manusia. Jelas mereka, penggunaan metafora didasari oleh skema imej. Dipercayai bahawa orang yang pertama cuba mentakrifkan makna ’metafora’ atau ’istiarah’ ( bahasa Arab) ialah Aristotle iaitu lebih kurang 2,300 tahun dahulu.Dalam karyanya Poetika, Aristotle berkata bahawa ’metafora’ terbentuk apabila sesuatu benda diberi nama ( makna ) yang dimiliki oleh benda lain, Pemindahan (makna). Terdapat tiga ciri metafora dalam takrif Aristotle. Pertama, metafora berlaku di peringkatan perkataan dan tidak di peringkat ayat. Kedua, pada bahagian lain dalam karya yang sama, Aristotle menganggap metafora sebagai ’penyelewengan’ atau ’deviant’ daripada bahasa harfiah. Ketiga metafora dibentuk daripada persamaan antara dua benda. Oleh itu, pada asasnya, melalui metafora manusia cuba melihat sesuatu berdasarkan sesuatu yang lain.
1.1 Definisi Metafora
Menurut Lakoff dan Johnson, metafora melambangkan maksud yang berlainan daripada ekspresi yang diujarkan. Menurut Hawkes (1986).’’Metafora ialah suatu cara untuk mendeskripsikan sesuatu dengan mengatakan bahawa terdapat suatu perkara lain yang mempunyai kualiti terhadap sesuatu yang hendak dijelaskan. Menurut Kamus Dewan, ”metafora ialah pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar
1
perkataan yang berkenaan. Ini bermakna sesuatau perkataan itu mempunyai makna lain untuk tujuan tertentu.” Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Pula berpendapat bahawa metafora ialah kiasan yang tidak menggunakan perkataan-perkataan seperti seolah-olah,ibarat,seakan-akan,bak,seperti,laksana,macam,bagai dan umpama. Dalam ayat ”Budak itu lembu”, ’lembu’ ialah metafora.Dalam ayat ”Budak itu bodoh seperti seperti lembu,” ’lembu’ ialah perumpamaan kerana terdapat perkataan perkataan ’seperti sebelum ’lembu’.[1]
[1] Abdullah Hassan & Ainon Mohd, kamus Peribahasa Kontemporari, PTS Publisher, Kuala Lumpur. Manakala, menurut Asmah Haji Omar (1996), definisi metafora tidak hanya terbatas sekadar bunga-bunga atau bahasa yang indah tetapi lebih dalam daripada pengertian itu di mana metafora juga menggambarkan sistem konseptual sesuatu bahasa dan kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut. Menurut Asmah Haji Omar (1996), definisi metafora tidak hanya terbatas sekadar bunga-bunga bahasa atau bahasa yang indah,tetapi lebih dalam daripada pengertian itu. Metafora juga menggambarkan sistem konseptual sesuatu bahasa dan kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut.
Menurut Kurz yang mengutip Aristoteles, metafora berasal dari sebuah kata yang memiliki konteks. Definisi metafora menurutnya adalah sebagai berikut:
Die Metapher ist eine Ubertragung eines Nomens, das zu einer anderen lexikalischen Stelle gehort,(Kurz, 1982:8)
Metafora merupakan sebuah bentuk pengalihan nomina yang diperlukan untuk mengisi kedudukan leksikal lainnya. Namun, yang dimaksudkan Aristoteles dengan nomina, bukan hanya sebuah substantiva, melainkan semua kata yang dapat dinominalisasikan, termasuk juga verb dan adjektiva (Kurz, 1982: 8).
Dalam Kamus Linguistik karya Lewandowski (1985:708) dijelaskan bahawa metafora adalah pengalihan makna atas dasar kesamaan bentuk, fungsi, dan, kegunaan. Pengalihan makna tersebut merupakan wujud dari perbandingan dua hal secara implisit. Berdasarkan kamus Duden,,Das Bedeutungsworterbuch” (2002: 618), definisi metafora adalah
2
’’Sprachlicher Ausdruck, be dm ein Wortgruppe) aus seinem Bedeutungszusammenhang in einen ubertragen, als Bild verwendet wird: >>der Himmel weint<< ist eine Metapher fur >>es regnet<<; in Metaphern reden.
Berdasarkan penjelasan di atas, metafora didefinisikan sebagai ungkapan bahasa
yang digunakan dalam ungkapan lain yang berbentuk penggambarkan. Contohnya. Der Himmel weint (langit menangis) merupakan metafora dari es regnet (hujan). Titik air mata yang dikeluarkan pada saat menangis digunakan untuk menggambarkan hujan. Dalam bahasa yang mudah metafora merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh hitung) dengan kata abstrak (tidak boleh hitung). Contohnya, perahu duka. Perahu (konkrit), duka(abstrak).
Ladang kesabaran. Ladang (konkrit), kesabaran (abstrak). Perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya. Contoh, bak samudera hampa (simile), ibarat lautan fikiran (simile), samudera hampa (metafora), lautan fikiran (metafora).
2.0 Lima contoh metafora dalam bahasa melayu
2.1 Langit menangis
Metafora Langit menangis adalah pebandingan secara langsung yang membawa maksud hujan. Langit adalah unsur alam semulajadi yang paling hampir dan paling dekat dengan kita. Setaip hari kita akan memandang ke langit untuk mencari melihat keindahan langit yang dicipta oleh yang maha Esa untuk kepentingan manusia sejagat. Langit merupakan objek yang tidak bernyawa yang diberikan dengan sifat perorangan di mana langit telah diberi sifat sebagai manusia. Manusia menangis mungkin disebabkan oleh kesedihan dan mungkin juga manusia menangis kerana terlalu gembira. Sifat semulajadi manusia akan bertindak balas dengan ransanagan yang diterima. Kesedihan yang dialami oleh manusia mungkin disebabkan oleh dirinya sendiri,orang lain,dan mungkin juga ada kaitan dengan persekitaran dan alam semulajadi. Manusia akan sedih bila tidak mendapat sesuatu yang dihajati atau sesuatu yang amat diharapkan tidak menjadi kenyataan atau kesampaian. Sebagai contoh dalam kehidupan seharian dalam keluarga memang mengharapakan sebuah
3
keluarga bahagia sehingga ke akhir hayat. Tetapi bukan semua keluarga dapat hidup
dan membina keluarga bahagia. Berlaku kes perpecahan keluarga kerana kegagalan mengekalkan keharmonian dalam keluarga. Berlaku perceraian ibu bapa kerana mereka tidak dapat mengekalkan hubungan baik antara keluarga suami dan isteri. Dalam keadaan terlalu gembira juga manusia akan menangis. Sebagai contoh pelajar
SPM yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, mereka
menangis kerana lulus dengan cemerlang. Gabungan unsur alam langit dan sifat manusia menangis telah membentuk metafora langit menangis. Metafora langit menangis adalah sebuah metafora yang cukup indah dan menarik dan jika dibuat kajian dengan teliti boleh membawa makna yang berbagai-bagai. Terpulang kepada individu untuk mentafsirnya.
2.2 Perahu duka
Metafora perahu duka juga merupakan suatu objek yang tidak bernyawa diberikan sifat perorangan.Makna dan maksudnya cukup mendalam.Jika dikaji dan dibuat analisis berbagai kesimpulan yang tersurat dan tersirat yang dapat diungkapan. Dalam kehidupan masyarakat melayu lama,perahu amat rapat dan amat dekat dengan kehidupan seharian mereka. Perahu adalah keperluan yang amat penting kepada masyarakat melayu lama. Mereka menggunakan perahu sebagai pengangkutan untuk pergi dari suatu tempat ke suatu tempat.Jika dahulu sungai merupakan jalan perhubungan yang penting dalam masyarakat maka mereka tidak dapat dipisahkan dengan perahu. Dimana ada sungai,maka di situlah ada perahu.Duka pula membawa maksud sedih,kecewa dan putus harapan. Mungkin juga duka membawa maksud sangat sedih atau terlalu kecewa. Gabungan perkataan ’perahu’dan ’duka’ dapat membentuk sebuah metafora yang cukup indah dan menarik. Perahu duka adalah metafora yang sangat sesuai dengan penggunaan seharian. Metafora perahu duka membawa maksud kesedihan yang dialami oleh orang yang ditujukan. Biasanya dalam mengharungi kehidupan ini berbagai halangan dan cabaran yang terpaksa
4
dilalui dan ditempuhi oleh insan yang bergelar manusia. Selagi kita bernama
manusia,selagi itulah kita akan diuji dengan pelbagai masalah dan halangan. Jika kita sabar menempuh segala rintangan yang mendatang dan tabah menghadapi kesulitan yang tiba, maka kita adalah antara golongan yang menghampiri kejayaan. Saya akui, bukan senang hendak berjaya dan bukan mudah untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Hanya orang-orang yang berani,rajin,tekun dan bersemangat tinggi sahaja yang boleh berjaya. Oleh itu metafora perahu duka membawa maksud yang tepat dan bersesuaian dalam kehidupan seharian. Perahu membawa maksud perjalanan hidup manusia. Perahu yang digunakan di sungai sentiasa terapung-apung di dalam sungai dan jika dibiarkan tanpa diikat atau didayung, akan hanyut dibawa arus. Begitu juga halnya kita sebagai manusia, Jika kita tidak pandai menguruskan kehidupan ini dengan bijak, kita juga akan kecundang. Oleh itu pemilihan metafora perahu duka amat sesuai dengan kehidupan seharian kita.
2.3 Ladang Kesabaran
’Ladang’ merupakan suatu objek yang tidak bernyawa yang diberikan sifat perorangan. Kesabaran pula merupakan sifat yang perlu ada dalam setiap individu. Ladang juga amat rapat dengan kehidupan masyarakat melayu dahulu. Mereka bercucuk tanam di ladang. Kehidupan mereka tidak boleh dipisahkan dengan ladang kerana di situlah sumber rezeki untuk mereka. Penggunaan metafora ladang kesabaran amat hampir dan jelas dalam kehidupan seharian masyarakat melayu. Metafora ladang kesabaran memberi maksud seseorang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Sememangnya orang-orang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi adalah orang-orang yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Bukan senang dan bukan mudah untuk mencapai tahap kesabaran tinggi. Orang-orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi inilah yang akan berjaya kerana mereka tidak mudah putus asa. Mereka akan berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan erti jemu. Orang-orang sebeginilah boleh maju kehadapan dan biasanya akan berjaya mencapai cita-cita atau apa yang dihajati. Bagi orang-orang yang lemah pula mereka tiada mempunyai ketahanan diri yang cukup kuat.
5
Mereka mudah mengaku kalah dan cepat berserah kepada takdir. Orang-orang
sebegini amat sukar dan susah hendak berjaya. Oleh itu, penggunan metafora dalam kehidupan seharian masyarakat amatlah sesuai dan jelas.
2.4 Lautan Fikiran
’Lautan’ juga merupakan suatu objek tidak bernyawa yang diberikan sifat perorangan. Manakala fikiran pula merupakan akal manusia yang berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan masing-masing. Metafora lautan fikiran membawa maksud berfikiran luas. Orang yang berfikiran luas adalah orang yang bijak menguruskan kehidupan masing-masing. Kita sepatutnya berfikiran luas dalam membuat sesuatu tindakan atau keputusan supaya tidak melakukan kesilapan atau membuat keputusan yang salah. Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat,konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Dewey (1910) pula menegaskan, pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.Manakala menurut pandangan islam , berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur. Berdasarkan pandangan di atas, konsep pemikiran boleh dirumuskan sebagai satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang timbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami. Teori Robert Sperry pula menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik,analitis urutan atau susunan bahasa fakta,matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran
6
berfikir dalam bidang berupa kreatif,sintesis,warna,reka bentuk di samping perasaan,irama,muzik dan imaginasi. Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanak dan kiri hendaklah dikembangkan sesuai dengan metafora lautan fikiran.
2.5 Peribahasa Harapkan Pagar ,Pagar Makan Padi
’pagar’ merupakan suatu objek tidak bernyawa yang diberikan sifat perorangan dimana pagar di sini dikatakan berupaya untuk melakukan aktiviti yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan hidup seperti ’makan’ sewaktu perut berasa lapar. Metafora ini cukup indah dan menarik untuk dihayati maknanya. Dalam masyarakat melayu dahulu, aktiviti pertanian sangat penting kerana menyumbangkan kepada ekonomi keluarga. Mereka bertani untuk sara diri keluarga dan sebahagian untuk dijual dan aktiviti perdagangan. Padi merupakan tanam utama yang ditanam. Menanam padi memerlukan perhatian dan jagaan yang rapi seperti mencabut rumput, meracun serangga dan lain-lain lagi. Jika perlu, pagar dibina supaya dapat mengelakkan pokok padi dirosakan atau dimakan oleh haiwan lain. Pagar dan padi mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat melayu. Metafora pagar makan padi amat jelas memberi makna kepada orang diharap untuk menjaga sesuatu benda ,perkara,atau amanah tetapi telah mungkir atau tidak melaksanakan amanahnya dengan jujur dan berkesan. Malahan dia sendiri yang merosakkan amanah yang diberikan. Metafora ini juga memberi pengajaran kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati apabila memilih atau melantik seseorang untuk memegang tanggungjawab. Sebagai contoh untuk memilih jawatan ketua, mestilah memilih seseorang yang betul-betul bertanggungjawab dan boleh dipercayai supaya tidak berlaku seperti metafora pagar makan padi. Dalam kes ini ada juga persaman dengan haruan makan anak. Haruan makan anak membawa maksud yang hampir sama. Metafora pagar makan padi amat jelas dalam penggunaan seharian dalam masyarakat sebagai peringatan dan paduan kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai kepada seseorang.
7
3.0 Rumusan
Metafora adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej. Penggunaan metafora juga berkait rapat dengan kepercayaan, sikap dan nilai masyarakat. Metafora juga mempunyai hubungan dengan personifikasi iaitu perbandingan benda dengan sifat manusia.Menurut Lakoff (1980:33), metafora juga mencakup personifikasi. Personifikasi ini dapat dilihat dalam konteks dan yang dibandingkan adalah sesuatu yang bukan manusia (nonhuman) dengan manusia (human) yang memiliki,motivasi,karakter,dan kegiatan yang dilakukannya. Personifikasi ini dapat dimasukkan ke dalam teori interaksi kerana personalfikasi tidak dapat dianalisis secara sendiri, tetapi harus dilihat dari konteks kalimatnya, setelah itu baru dapat ditentukan bahawa kata itu merupakan personalfikasi atau bukan. Kesimpulannya metafora adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu.Penggunaanya berkaitan rapat dengan kepercayaan, sikap dan nilai masyarakat. Penerimaan berkait dengan pengalaman bahasa dan ia bersifat realtif.
8
Tugasan B
1.0 Pendahulan
Secara umumnya,semantik ialah satu bidang yang terdapat dalam ilmu linguistik yang mengkaji tentang makna sesuatu perkataaan,frasa,ayat dan ujaran. Istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu sema yang bermaksud isyarat. Perkataan sema akan menerbitkan kata se mainein yang bermaksud bererti. Kemudian se mainein diinggeriskan menjadi semantics, dan dalam bahasa melayu menjadi semantik.Dari sudut istilah, semantik merujuk kepada sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa (Kamus Linguistik,1997 dipetik daripada Haji Mohd Isa bin Abdul Razak,2003). Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, semantik membawa maksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, semantik boleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan. Bahasa merupakan satu gelombang suara atau tulisan yang semuanya merujuk kepada satu makna yang tentu yang bertindakn untuk menyampaikan maklumat atau hasrat. Bunyi ucapan dan coretan tulisan merujuk hal tentang makna merupakan sejenis tanda.Kajian ke atas sistem tanda dikenali sebagai semiotic atau semiology (Ahmad Mahmood Musanif 2004). Asasnya, makna sesuatu perkataan diperolehi dengan merujuk kepada sesuatu benda. Contohnya, ’ini bola’ sambil merujuk ke arah sebiji bola. Makna perkataan bola didapati apabila kita melihat sebiji bola. Namun apabila sesuatu perkataan itu tidak mempunyai benda yang hendak ditunjuk atau bersifat abstrak seperti perasaan maka perkataan tersebut tidak diberikan makna. Oleh itu timbullah dalam bidang semantik istilah seperti sinonim,antonim,polisim dan hiponim. Dengan ini makna sesuatu perkataan boleh diberikan dengan merujuk perkataan-perkataan lain yang mempunyai hubungan dengan sesuatu perkataan yang lain(AdenanS,Ayob,2007)
9
1.1 Hubungan perkataan dengan makna
Menurut Abdullah Hassan ( 1981 ) ”kata-kata mengandungi makna dan bagaimana kata-kata itu berhubungan sebenarnya bergantung pada bagaimana pengguna sesuatu bahasa tersebut dapat menyusun segala pengalamannya dalam bentuk kata-kata”. Perkataan- perkataan dalam sesuatu bahasa boleh mempunyai hubungan antara satu sama lain. Hubungan-hubungan ini mungkin berdasarkan kesamaan makna ( sinonim ), perlawanan makna ( antonim ), hubungan kekeluargaan ( hiponim ), serta kesamaan bunyi dan bentuk ejaan tetapi berbeza maknanya dalam konteks yang berlainan ( polisem ).
2.0 Kata Sinonim
Perkataan sinonim berasal daripada bahasa Yunani kuno, iaitu onoma yang bermaksud ’nama’ dan ’syn’ yang bermaksud nama lain bagi benda tauhal yang sama. Menurut kamus Dewan Edisi keempat ( 2005 ) mendefinisikan sinonim sebagai kata yang sama tau hampir sama maknanya dengan kata lain. Kamus Luinguistik ( 1997 ) pula mendefinisikan sebagai dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama dalam sesuatu bahasa. Contoh sinonim yang didefinsikan dalam dua kamus tersebut adalah seperti perkataan cantik dan indah. Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Contoh-contoh perkataan sinonim lain yang boleh menerangkan definisi kesamaan makna seperti yang dijelaskan dalam Kamus Dewan dan Kamus Linguistik adalah seperti suka dan gemar,cepat dan pantas,bijak dan pintar,laju dan deras serta lain-lain perkataan lagi. Hubungan makna antara dua patah perkataan yang bersinonim bersifat dua hala. Jika bijak dikatakan bersinonim dengan cerdik, maka cerdik juga bersinonim dengan bijak. Dalam definisi di atas, dikatakan bahawa makna perkataan-perkataan yang itu ” lebih kurang sama” maksudnya unsur kesamaan itu tidak seratus-peratus sama. Perbezaan makna ini dapat dilihat daripada beberapa konteks.
10
(a) Konteks yang tidak boleh ditukar ganti-
Sebagai contoh perempuan dan wanita walaupun bersinonim tetapi ungkapan persatuan persatuan wanita tidak boleh ditukar ganti dengan persatuan perempuan.
(b) Konteks yang formal dan tidak formal – misalnya, kata ganti nama diri orang pertama saya digunakan dalam suasana formal sebaliknya kata aku digunakan dalam situasi tidak formal.
(c) Konteks susun lapis masyarakat – sebagai contoh, kata ganti nama diri orang pertama beta digunakan oleh raja untuk menyebut diri baginda tetapi bagi rakyat biasa kata ganti diri untuk menyebut diri apabila berhubungan dengan golongan diraja ialah patik.
(d) Konteks perbezaan penggunan – contohnya, kata mati diguna dalam konteks biasa sedangkan ungkapan meninggal dunia digunakan dalam konteks yang lebih sopan.
Selain itu, terdapat beberapa aspek yang terdapat dalam sinonim yang menarik perhatian kerana;
(a) Tidak semua kata dalam bahasa melayu mempunyai sinonim. Misalnya, kata hujan,padi,dan batu tidak mempunyai sinonim.
(b) Ada kata yang bersinonim pada bentuk kata dasar, tetapi tidak bersinonim pada bentuk kata terbitan.Misalnya,kata benar bersinonim dengan sungguh tetapi kebenaran tidak bersinonim dengan kesungguhan.
(c) Terdapat kata yang tidak mempunyai sinonim pada bentuk dasar tetapi memiliki sinonim pada bentuk terbitan. Misalnya kata tinggi tidak bersinonim dengan kata tingkat tetapi kata meninggikan bersinonim dengan kata meningkatkan seperti dalam ungkapan meninggikan taraf hidup dan meningkatkan taraf hidup.
11
(d) Ada kata yang menurut makna asalnya tidak bersinonim,tetapi mempunyai sinonim apabila digunakan sebagai kiasan.Misalnya, kata hitam tidak bersinonim dengan jahat dalam pengertian sebenarnya tetapi bersinonim apabila kata hitam digunakan sebagai kiasan seperti dalam ungkapan watak hitam sama erti dengan watak jahat.
Kata sinonim ialah kata yang hampir sama maksudnya. Oleh itu, kata yang bersinonim boleh bertukar ganti dalam ayat.Penggunaannya bergantung kepada pilihan penulis atau kelaziman penggunaannya.Perhatikan contoh-contoh ayat berikut.
1. abad = kurun
Kita bharu sahaja melangkah meninggalkan abad (kurun) ke-20.
2. abdi = hamba
Pada zaman penaklukan oleh kuasa-kuasa Barat, perniagaan abdi (hamba) memainkan peranan utama.
3. adil = saksama
Pengadil sesuatau pertandingan hendaklah membuat keputusan yang adil (saksama)
4. mengajak = mempelawa
Arbi sudah beberapa kali mengajak ( mempelawa) saya kerumahnya.
5. akal = fikiran
Kita hendaklah sentiasa menggunakan akal( fikiran ) sebelum melakukan sesuatu.
12
6. disiplin = tatatertib
Peraturan yang mesti dipatuhi.
Tindakan akan diambil terhadap murid-murid yang melanggar disiplin.
7. dukacita = gundah
perasaan sedih hati
Orang tua itu amat dukacita kerana anaknya mahu menghantarnya ke rumah orang tua.
8. emak = bonda,ibu,ibunda
Perempuan yang melahirkan kita
Emak saya sedang memasak
9. enak = lazat
sedap rasanya
Wah, enak sungguh kari ayam ini!
10. gaji = upah
Wang yang dibayar dalam tempoh yang ditetapkan kepada seseorang kerana melakukan sesuatu kerja.
13
Dia bekerja pelayan di restoran itu dengan mendapat gaji RM 600 sebulan.
3.0 Kata Antonim
Perkataan antonim juga berasal daripada bahasa Yunani kuno, iaitu onoma yang bererti ’nama’ dan anti yang bererti ’melawan’.( Nik Safiah Karim dan Norliza Kamaruddin, 2004 ) Oleh itu,antonim bermaksud perkataan yang maknanya dianggap berlawan atau ia juga boleh dikatakan kebalikan daripada sesuatu perkataan. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd ( 1994) pula berpendapat antonim merupakan kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain putih lawannya hitam, tinggi lawannya rendah, benci lawannya sayang. Manakala Abdullah (2005) memanggil antonim itu sebagai perkataan berlawan, misalnya, perkataan luas berlawanan maknanya dengan perkataan sempit.Bagi pendapat seorang pakar bahasa iaitu Asmah Haji Omar ( 2008 ), menyatakan antonim sebagai kata lawan dan maknanya ialah kata yang mempunyai pertentangan dari segi maknanya dengan kata lain. Sebagai contoh kata besar mempunyai kata lainnya iaitu kata kecil. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2010 ), antonim membawa maksud yang berlawan kata lain misalnya tinggi lawan kepada rendah. Berdasarkan kepada pendapat ahli-ahli bahasa tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa antonim ialah sesuatu kata yang mempunyai kata yang berlawanan dengannya seperti jantan lawannya betina, masam lawannya manis, ringan lawannya berat dan sebagainya.
3.1 Pembahagian antonim
Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim, dan Moh Ra’ in Shaari ( 2009 ), antonim boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu antonim berpasangan, antonim berperingkat
14
dan antonim berhubungan. Kategori-kategori ini dapat dihuraikan sebagai berikut:
(a) Antonim berpasangan merujk kepada kata nama yang sering dianggap mempunyai makna berlawanan, Abdullah Hassan (2005). Antonim ini jenis ini dipanggil sebagai antonim penggenap oleh ahli bahasa. Selain itu, ia juga dipanggil dengan nama antonim komplimentarian. Hal ini membawa maksud bahawa item-item yang sering kita dengar dan lihat sebagai pasangan seperti lelaki lawannya perempuan, hidup lawannya mati, siang lawannya malam dan banyak lagi item-item yang boleh kita senaraikan sebagai antonim berpasangan.
Bagi Parera J.D (2004), beliau menyifatkan antonim berpasangan dikenali sebagai pertentangan berbalasan di Indonesia. Pertentangan berbalas ini menuntut balasan atau timbal balik sesuatu kata sebagai pelengkap makna dan ia perlu bersesuaian dengan sesuatu konteks. Contohnya tanya lawannya jawab, positif lawannya negatif, membeli lawannya menjual.
(b) Antonim Berperingkat
Antonim jenis ini juga dikenali sebagai antonim tafsiran ( Redible Antonimy ). Antonim berperingkat sering dikaitkan dengan kata adjektif. Antara kata adjektif yang sering dikaitkan ialah putih lawannya hitam, tua lawannya muda, tinggi lawannya rendah dan seumpamanya. Namun begitu ,Abdullah berpendapat perlawanan makna bagi kata adjektif mempunyai perbezaan. Perbezaan ini wujud berdasarkan konteks ayat. Misalnya ’sekeping papan yang lebar adalah lebih kecil daripada sebuah sungai yang lebar,’ ’seluar pendek jauh lebih pendek dari galah yang pendek,’
(c) Antonim Berhubungan
15
Menurut Abdullah Hassan, antonim berhubungan ialah sesuatu perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan, Namun begitu makna bagi perkataan itu saling berhubungan. Bagi Parera J.D, antonim berhubungan disebut sebagai pertentangan kenasabahan. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan kenasabahan sebagai perbandingan, pertalian dan perhubungan. Menurut Parera J.D lagi, antonim jenis ini adalah pertentangan yang menunjukkan hubungan dalam kekeluargaan,tugas atau sesuatu organisasi. Contohnya pria lawannya wanita, komandan lawan perajurit dan kakak lawan adik.
Kata antonim ialah kata yang berlawanan maksudnya. Perhatikan contoh di bawah yang menunjukkan kata yang berlawanan maknanya dan penggunaannya.
1. Amizan baru sahaja mendapat kerja tetap di syarikat itu.
2. Amizan baru sahaja mendapat kerja sementara di syarikat itu.
3. Anak sulung Encik Bakar baharu sahaja menerima ijazah.
4. Anak bongsu Encik Bakar baharu sahaja menerima ijazah.
5. Pegawai itu mengasingkan barang-barang yang cacat
6. Pegawai itu mengasingkan barang-barang yang sempurna.
7. Cikgu Siow memanggil semua pelajar yang gagal dalam ujian itu.
8. Cikgu Siow memanggil semua pelajar yang berjaya dalam dalam ujian itu.
9. Bagi saya, pertunjukan silap mata itu agak istimewa.
16
10. Bagi saya,pertunjukan silap mata itu agak biasa.
11. Pegawai itu mengasingkan barang-barang yang sempurna.
12. Cikgu Siow memanggil semua pelajar yang berjaya dalam ujian itu.
13. Cikgu Siow memanggil semua pelajar yang gagal dalam ujian itu.
14. Bagi saya, pertunjukan silap mata itu agak istimewa.
15. Bagi saya, pertunjukan silap mata itu agak biasa.
Perkataan yang dihitamkan dalam ayat- ayat di atas berlawanan maknanya.
Tetap berlawanan sementara
Sulung berlawanan bongsu
Cacat berlawanan sempurna
Gagal berlawanan berjaya
Istimewa berlawanan biasa
Beberapa contoh antonim
1.abadi- tetap ada sepanjang masa
17
>antonim – sementara
Hidup kita di dunia hanyalah sementara manakala hidup kita di akhirat adalah abadi.
2. abai – tidak memberi perhatian
>antonim- peduli
Dia amat mempedulikan anak-anaknya walaupundia sibuk. Dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa.
3.abang – saudara kandung lelaki yang lebih tua
>antonim – adik lelaki
Saya berumur 15 tahun. Abang saya berumur 17 tahun manakala adik lelaki saya berumur 12 tahun.
4. abdi – orang yang menjadi milik orang lain
> antonim –tuan
Pada zaman dahulu, orang kulit putih di Amerika Syarikat menjadi tuan kepada abdi dari Afrika.
5. dahulu – masa yang telah lalu.
> antonim – kini, sekarang
Pada zaman dahulu, dinosaur mendiami bumi. Sekarang, dinosaur telah pupus.
18
6. daif – lemah dan hina
> antonim – mulia
Golongan yang miskin dipandang daif manakala golongan yang kaya dianggap mulia.
7. pulih – baik semula
> antonim – cedera
Kakinya cedera kerana dia terjatuh daripada basikal.
Sebelum kakinya pulih, dia tidak dapat pergi ke sekolah.
8. sejuk – rendah suhunya
>antonim – panas
Bilik yang panas itu menjadi sejuk apabila penyaman udara dipasang.
9. sembuh – baik semula
>antonim – cedera
Kakinya cedera kerana dia terjatuh daripada basikal.
Sebelum kakinya sembuh, dia tidak dapat pergi ke sekolah.
10. tawar – tidak ada rasanya seperti air paip
>antonim – masin
19
Air laut masin rasanya manakala air paip tawar rasanya.
4.0 Polisemi
Polisemi merupakan satu kata yang mempunyai erti lebih dari satu makna, Chaer (1994).Goay Teck Chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad, (2006) pula berpendapat polisemi diertikan sebagai satu patah kata yang mempunyai makna yang banyak atau satu set makna. Polisemi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu polisem tulen dan polisem konteks.
(a) Polisem tulen
Polisem tulen ialah kata polisem yang mengandungi satu senarai makna yang berlainan semuanya dan dihuraikan bahawa satu kata masukkan sahaja. Misalnya perkataan badan yang membawa erti (1) tubuh, (2) lembaga atau yayasan begitu juga dengan perkataan hangat, yang boleh bererti (1) tinggi suhunya kerana dibakar atau direbus, (2) masih baharu berlaku dan menarik perhatian orang, (3) penuh bersemangat dan berapi-api, (4) meriah (5) tegang atau genting.
(b) Polisem Konteks
Polisem konteks bermaksud perkataan yang mempunyai makna yang berlainan yang bergantung pada konteks. Misalnya kata bantu tentang boleh membawa maksud lawan, seperti dalam ayat ”kita tentang habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan ’bisa’ yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara
20
normalnya bisa digunakan untuk menggantikan perkataan boleh. Berdasarkan contoh-contoh di atas,tentang dan bisa bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau berasaskan konteks.
Polisemi ialah bentuk kata yang mempunyai lebih daripada satu makna bergantung kepada konteks ayat.
Berikut adalah beberapa contoh polisemi, maksud serta ayat.
1. Ahli
Anggota pertubuhan - Saya ahli pasukan pengakap.
Orang yang mahir - Orang itu mahir dalam bidang sains
2. Baik
Elok - budak itu baik budi perkertinya
Rapat - Farah kawan baik saya.
3. Dalam
Tidak cetek - Air sungai itu semakin dalam.
Berkenaan - Faiz mahir dalam bidang agama.
21
Ditimpa - Mangsa tsunami itu dalam keadaaan panik.
4. Halus
Kecil-kecil - Syahira membeli gula halus dikedai itu.
Lembut - Budak itu sungguh halus pekertinya.
Elok dan kemas - Buatan perabot itu memang halus.
5. Besar
Lawan kecil - Ikan yang dipancingnya sungguh besar.
Dewasa - Anak-anak Pak Mail sudah besar belaka.
Sukar di atasi - Banjir menimbulkan masalah besar di Kelantan.
6. Kecil
Tidak besar - budak itu bertubuh kecil
Tidak lebar/tidak luas - Jalan kecil itu baru sahaja dibaiki.
Tidak banyak - gajinya kecil, cukup untuk dirinya sahaja.
7. Cerah
22
Terang - Cuaca cerah kembali selepas hujan.
Siang - Tanpa disedari,hari semakin cerah.
Agak putih -Kulitnya lebih cerah daripada kulit saya.
8. Lalu
Melintas - Dia baru saja lalu di situ.
Berdaya - Kamariah tidak lalu makan kerana deman.
Terus - Farhan bangun lalu membuka pintu.
9. Makan
Menguyah - Fatin sedang makan nasi.
Sumber rezeki - Fakhrul merantau kerana mencari makan.
Fungsi - Brek keretanya tidak makan
5.0 Homonin
Sebagimana sinonim dan antonim, homonin juga berasal daripada bahasa Yunani Kuno iaitu omana yang bermaksud ’nama’ dan homo yang bermaksud ’sama’. Homonim diertikan sebagai ungkapan (perkataan,frasa atau ayat) yang bentuknya sama, sama ada daripada segi
23
ejaan, sebutan atau kedua-duanya sekali dengan ungkapan lain tetapi maknanya tidak sama dan berbeza sama sekali. Antara kata Bahasa Melayu yang tergolong dalam homonim termasuklah’ ketam’ . Dalam kamus perkataan ketam ini memiliki tiga pengertian yang berbeza ( kamus membezakan ketiga-tiganya dengan meletakkan angka roman selepas setiap kata masukkan;
(i) Ketam - pisau tidak berhulu untuk menuai padi.
(ii) Ketam – alat bertukang yang digunakan untuk melicinkan kayu.
(iii) Ketam- binatang berkulit keras dan berkaki sepuluh.
Contoh yang kedua
(i) Kala- masa atau ketika
(ii) .kala-sejenis binatang berkaki lapan,bersepit dan ekornya bersengat.
Istilah homofon dan homograf selalu dibincangkan bersama dengan homonim. Ini adalah kerana terdapat persamaan antara perkara yang dibincangkan. Homonim dilihat dari segi bentuk kesatuan bahasanya, manakala homofon dilihat sama dari segi bunyi, contohnya buku mempunyai persamaan dari segi bunyi dan ejaan sementara homograf dilihat sama dari segi sebutan tetapi berbeza dari segi tulisan atau ejaan. Contohnya bang (azan) dengan bank(institusi kewangan) sama apabila disebut dengan sebutan baku. Contoh-contoh lain yang tergolong sebagai homofon.
(i) Baka (asal keturunan) - dengan baqa (kekal)
(ii) Jin(makhluk halus) - jean (sejenis seluar tebal)
24
(iii) Kari (gulai rempah) - qari (pembaca Quran lelaki)
(iv)
Dalam pada itu, terdapat juga perkataan-perkataan yang ditulis sama tetapi sebutannya berbeza. Contohnya,
(i) Mengerat (memotong) – mengerat (merapatkan)
Ini kerana huruf e mewakili dua bunyi iaitu e pepet dan e taling.
contoh perkataan semak [ sema ] bermaksud belukar
semak [ sema ?] bermaksud meneliti
adalah dua kata yang bentuk penulisan dan pengucapannya sama tetapi ertinya berbeza.
Contoh;
1.acu - Perompak itu mengacukan pistolnya ke arah pengawal bank itu.
- Acuan kuih yang dipegang ibu itu berbentuk bintang.
2. ada - Ayah saya ada sebidang tanah di Indonesia.
- Walaupun kurang berada hidupnya makmur,dan bahagia.
25
3.adu - Azim mengadu kenakalan adik kepada ayahnya.
- Badang pun beradu dengan panglima dari benua kling itu.
4.agung - P.Ramlee dikenali sebagai seniman agung.
- Mesyurat agung persatuan itu akan berlangsung pada hari Ahad.
5. aku – Aku tidak berani berkata dusta kepada kedua-dua ibu bapa.
- Penjahat itu tidak mengaku akan kesalahannya.
6. alah - Dia mengalah tetapi tidak semestinya dia bersalah.
- Pesakit itu alah akan ubat antibiotik itu.
7. alam.- Dia mendapat banyak pengalaman sewaktu mendaki gunung Everest.
-Semua selok-belok alam ini belum di ketahui manusia.
8. cabut – Budak-budak nakal itu cabut apabila pengetua sekolah datang.
- Pekebun itu hendak mencabut ubi kayu itu.
9. celah - Dia dimarahi ayah kerana suka mencelah percakapan beliau.
- Dia memasukkan kertas dicelah dinding itu.
26
10 cerah – Kakak keluar rumah ketika langit kelihatan cerah.
- Masa depan anda akan cerah jika anda rajin belajar.
6.0 Hiponim
Hiponim berasal dari perkataan Greek yang bermaksud nama yang di bawah. Ia dapat terutamanya apabila kita menjalankan klasifikasi dalam bidang tertentu (Asha Doshi,2004). Oleh yang demikian, perhubungan ini melibatkan sesetengah item leksikal yang mempunyai makna yang lebih luas daripada item leksikal yang lain. Terdapat dua jenis perhubungan hiponimi, iaitu hubungan hiponimi sejenis dan meronimi ( Baskaran,2003;Jackson dan Ze Amvela,2000;Yule,1994). Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005) hiponim boleh didefinisikan sebagai kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain.Hubungan hiponimi sejenis adalah hubungan hirarki yang mana item leksikal yang di atas mempunyai makna yang paling umum dan boleh digunakan untuk merujuk item-item leksikal yang di bawahnya. Ia juga dikenali sebagai ”superordinat.’’ Superordinat atau hipenim ialah makna umum iaitu merangkumi makna yang luas. Item-item leksikal yang di bawahnya pula mempunyai makna yang lebih spesifik dan mempunyai unsur makna item leksikal yang di atasnya. Item-item leksikal ini dikenali sebagai ’’subordinat’’ atau hiponim. Hubungan di antara hiponim-hiponim ini dikenali sebagai ko-hiponimi (Asha Doshi,2004; Jakson dan Ze Amvela,2000). Contoh,
Hiponim : kenderaan (superordinat/makna am)
Hiponim : perahu,lori,bas.van.kereta,kapal terbang (makna khas/superdinat)
27
Abdullah Hassan (2005) telah membahagikan kata himponim kepada dua bahagian iaitu:
(i) Hiponim tulen-struktur hiponim tulen berlaku apabila ada satu perkataan yang mempunyai makna yang luas dan umum mencakupi makna dua atau lebih perkataan lain. (Abdullah Hassan.2005) Contoh hiponim tulen dalam bahasa melayu dapat dilihat dalam perkataan ’padi’ . Perkataan padi mempunyai dua perkataan dalam golongannya, iaitu beras dan nasi. Dalam hal ini makna beras dan nasi tercangkup dalam makna perkataan padi dan mempunyai maksud yang tersendiri.
Adalah kata-kata yang terwakili ertinya oleh kata-kata hipernim. Umumnya kata-kata hipernim. Contoh;
1. Hipernim: hantu, hiponim: pocong,kantong,wewe, sundal bolong,kuntilanak,toyol,dan lain-lain lagi.
2. Hipernim: Ikan; hiponim: lumba-lumba,tenggiri,yu,netok,pari,sardin dan lain-lain lagi.
3. Hipernim: Kuih; hiponiam : apam, puteri mandi,lompat tikam,karipap,lopeh ,cucur,seri muka ,dan lain-lain lagi.
28
6.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa jenis hubungan makna dalaman (sense) di antara leksim-leksim dalam sesuatu bahasa, dan dalam bidang tatahias bahasa melayu leksim-leksim ialah seperti sinonim,antonim,polisemi,homonin dan hiponim. Sinonim dan hiponimi adalah paling luas digunakan dalam memberikan makna. Dalam perhubungan sinonimi,laras bahasa formal atau tidak formal, daftar kegunaan dan konotasi menghasilkan sinonim. Dalam semantik leksikal, hiponim pula banyak berkaitan dengan warna dan tona warna, dan bahagian-bahagian kediaman. Berdasarkan pembacaan dan penelitian saya, bangsa melayu memilik satu khazanah berharga iaitu lekasikal semantik. Semantik adalah lambang kehebatan orang-orang melayu dalam berbahasa. Kesan dari arus globalisasi yang keras ini, penggunaan semantik kian terpinggir dalam masyarakat melayu sendiri. Semua pihak harus bekerjsama agar pusaka berharga ini tidak terus tenggelam di bawa arus modenisasi.
29
Rujukan
1.Abdullah Yusuf , (2009), Semantik dan Pragmatik Bahasa melayu.Kuala Lumpur:Penerbit Icon Regian Sdn. Bhd
2. Abdullah Hassan (2006), linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd
3.Abdullah Yusof,Alias Mond Yatim dan mohd Ra’in Shaari.(2009), Semantik dan Pragmantik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd
4.Jose Daniel Parera,(1990),Teori Semantik Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan.Jakarta.Penerbit Erlangga:Jakarta
5.Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
6.Kamus Dewan Edisi Keempat (2010).kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan pustaka
7.www.giilib.ui,ac.id/file
8.www.sentra-eduksi.com/2009/09/
9.www.slideshare.net/cikgunis/polisemi
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
1.0 Pendahuluan
Seni merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni(kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia.Pada masa kini,seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia.Walaupun begitu seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka,seni boleh dikatakan sebagai proses dan hasih dari pemilihan saluran medium,untuk menyampaikan sama ada kepercayaan,idea,rasa,atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.Seni sukar ditakrifkan,sebagaimana ia sukar di nilaikan,disebabkan setiap artis memilih peraturan dan tata rajah tersendiri untuk menentukan karyanya,Masih boleh dikatakan bahawa seni adalah proses dan hasil pemilihan medium,set aturan untuk penggunaan medium tersebut,dan set nilai yang menentukan apa yang berhak digambarkan melalui medium tersebut,agar dapat menyimpan sama ada kepercayaan,idea,rasa,perasaan dalam bentuk paling berkesan bagi medium tersebut.Walaupun,banyak artis terikut artis dahulu,dan sebagainya,beberapa garis panduan telah muncul untuk menetapkan bagaimana menggambarkan idea tertentu melalui symbol dan bentuk(seperti pokok selasih sebagai kekasih).Setiap orang mempunyai pendapat sendiri tentang seni;sebagai contoh,adakah seseorang itu boleh menghasilkan seni,sekiranya ia tidak bertujuan sebagai hasil seni?Adakah seni merupakan bentuk luahan seseorang?Adakah hasil seni dianggap seni hanya apabila ia sempurna?Terdapat beberapa cabang bidang kesenian seperti lukisan, ukiran,fotografi,muzik,penulisan,puisi,tarian,perfileman,animasi,kraf tangan,drama dan yang terkini multimedia.Manakala kreatif pula merupakan proses membabitkan jumpaan idea atau konsep baru,atau kaitan baru antara konsep atau idea sedia ada,didorong oleh proses sama ada sedar atau luar sedar.Dari sudut pandangan saintifik,hasil pemikiran kreatif,biasanya dianggap sebagai memiliki keaslian dan kesesuaian.Kamus Dewan(1993)memberikan maksud kretiviti sebagai kemampuan(kebolehan)mencipta daya kreatif dan kekreatifan.May (1975) menyatakan kreativiti sebagai proses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya.Torrane (1970) menyatakan kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.Menurut Schirmacher(1998),perkembangan kreativiti kanak-kanak boleh dikategori kepada dua,iaitu(i) menerusi aktiviti seni dan (ii) aktiviti harian mengikut umur.
2.0 Perkembangan kinestetik kanak-kanak
1
Tarian dan pergerakan kreatif dapat membantu perkembangan kinestetik dan kreativiti kanak-kanak. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif melibatkan pemikiran dan gerak geri kreatif.Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan aktiviti fizikal untuk perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak.Gerakan kreatif dalam tarian dan pergerakan melibatkan koordinasi dan kepantasan fizikal kanak-kanak dapat melatih kanak-kanak menginterpretasikan pergerakan anggota atau tubuh dengan pantas dan cekap.Beberapa jenis tarian yang boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak ialah seperti, Mak Yong,Kuda Kepang,Zapin,Lilin,Tarian Gamelan,Tarian Cik Siti Wau Bulan,Joget,Tarian Asyik,Tarian Ayam Didik,Tarian Ceracap Inai,dan Tarian Ulik Mayang.
Tarian Mak Yong berasal dari Patani di Selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita,permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki.Tarian ini menggabungkan drama romantik serta tarian dan nyayian tradisional dengan gaya yang menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu
Tarian kuda kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari jawa.Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci
Islam diiringi paluan gendang,gong dan angklung.
Pengaruh islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin.Sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor .Tarian ini yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari timur tengah pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.
Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin didalam piring kecil di atas telapak tangan mereka,dan memamparkan gerak-geri yang penuh kelembutan.
Tarian klasik ini mula dikesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di persembahkan buat kali pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain ,putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Mariam iaitu seorang puteri di Pahang ,mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.Tarian ini yang mana di persembahan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh dilihat dari segi tarian tersebut.Secara estetikanya,tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam
2
kebanyakkan kostum tarian melayu.
Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah pantai timur sering diadakan permainan seperti main gasing,main wau,rebana ubi,rebana kertuk ,rebana kayu dan lain-lain lagi.Bersempena dengan permainan wau,maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah tercipta.Dahulu tarian ini mengisahkan anak muda bermain main wau di musim menuai.Kemeriahan tarian tergambar dalam gerak-geri penari penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempun.
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah ,dengan rentak yang agak laju.Tarian ini yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak geri pantas yang disulami pelbagai usikan berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah disitu.
Tarian asyik merupakan sejenis tarian melayu klasik dari daerah daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja-raja Kelantan dan patani.Asyik bererti kekasih ,oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya.Kemudian tampillah puteri asyik dan mereka pun mula lah menari.Tarian Asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan iaitu malam berinai dan malam berinai besar di istana.Dari segi sejarah hikayat patani,raja kuning iaitu raja perempuan yang memerintah patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik. Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai,kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri.Penari asalnya dalam pakaian berkembam dengan tali pinggang dan mahkota kecil.Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya alunan ombak laut,burung melayang,ikan berenang,gajah berarak dan sebagainya.Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong,Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.
Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian melayu dikatakan berasal daripada gerakan ayam berlaga,iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan bahagian utara Perak. Tarian Ayam Didik ini
3
berasal daripada gerekan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan tradisional orang-
orang melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar Perlis.Tarian ini diiringi dengan nyayian lagu ayam didik.
Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka semasa baginda mudik ke hulu sungai Muar.Tarian Ceracap Inai ini di dikatakan berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar- pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian.Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsure- unsure menyembah duli (sembah/ampun)merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan ‘Raja Sehari’/pengantin.
Tarian Ulik Mayang ini berasal dari negeri Terengganu.Dalam kesenian tarian melayu.Tarian ini mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang ditarikan oleh sepuluh hingga lima belas orang penari.Dahulu tarian ini ditarikan sewaktu musim puja pantai.Tarian ini dipersembahkan kepada penunggu laut supaya tidak menggangu nelayan.Terlebih dahulu mayang pinang digoncang dan serahkan kepada seorang ke seorang.Kemuncak tarian ini apabila seorang yang memegang mayang tidak sedarkan diri.
Bidang seni kreatif tarian dapat menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.Melalui seni kreatif tarian dapat meningkatkan perkembangan fizikal kanak-kanak.Perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dilihat melalui tarian.Melalui gerakan tarian dapat membina motor kasar dan motor halus.Kordinasi motor kasar berlaku semasa gerakan tangan ,kaki , dan melompat dalam tarian.Manakala kordinasi motor halus untuk membina otot-otot jari semasa melakukan gerakan dalam tarian.Kemahiran motor halus,motor kasar dan penggunaan manipulative gerakan anggota badan semasa tarian.Kemahiran motor halus merujuk kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan seperti tangan dan kaki untuk membuat gerakan dalam tarian. Antara contoh gerakan ini adalah seperti memegang,mengenggam dan menggunakan jari mereka.Selain kemahiran motor halus,kemahiran motor kasar juga penting kepada kanak-kanak untuk membuat gerakan dalam tarian.Antara ciri-ciri motor kasar seperti gerakan melompat,membaling,dan menendang.Gerakan ini memerlukan kemahiran motor kasar dan beberapa kemahiran lain seperti koordinasi kaki, tangan, dengan mata.Kemahiran ini amat penting bagi kanak-kanak dapat memanipulasi kemahiran,koordinasi,keseimbangan dan kesetabilan bagi membuat gerakan dalam tarian.Pergerakan kanak-kanak bukan hanya bergantung kepada kekuatan fizikalnya sahaja tetapi juga kemahirannya memanipulasi otot dan anggota untuk membuat gerakan dalam tarian. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
4
(2003), pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat,selamat dan ceria dapat memupuk
keyakinan dan membentuk personaliti yang positif. Komponen perkembangan fizikal member fokus kepada empat aspek penting iaitu:
1.Perkembangan motor halus
.
2.Perkembangan motor kasar
3.Kesihatan
4.Keselamatan
(Pusat Perkembangan Kurikulum 2003)
Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak,system saraf dan otot yang kerja secara bersama.Oleh itu,penguasaan kemahiran motor sama ada halus,kasar dan manipulatif ini penting dalam pergerakan atas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin.Aktiviti fizikal yang dijalankan di kelas prasekolah dan sekolah juga dikenali sebagai pendidikan fizikal. Menurut Doherty dan Brennan (2008),”Pendidikan fizikal yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan proses pendidikan adalah bidang yang member fokus terhadap pembelajaran fizikal.intelektual,social dan emosi yang berlaku melalui pengalaman aktiviti fizikal dalam pelbagai keadaan.”Oleh itu menurut mereka antara ciri-ciri pendidikan fizikal yang dicadangkan oleh mereka adalah sesuai untuk semua kanak-kanak.
Motor halus,perbincangan seterusnya kita akan lihat motor halus dari aspek ciri,contoh aktiviti bagi kemahiran ini dan matlamat dalam kurikulum.Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan,pergelangan tangan,jari-jari tangan,kaki,jari kaki,bibir dan lidah.Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan dalam tarian. Otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. Kemahiran motor halus membantu kanak-kanak menulis,melukis,mewarna ,dan menari. Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini,kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri. Contohnya kanak-kanak yang berumur 3 tahun dapat menggunakan sudu dengan betul.Bagi kanak-kanak yang lebih besar seperti seperti berumur 5 tahun,mereka telah dapat menggunakan gunting untuk
5
memotong kertas dan membuat bentuk.Manakala kanak-kanak yang berumur 6 tahun mereka
berkebolehan mengikat tali kasut mereka.Kemahiran kanak-kanak menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti dinamakan ‘dexterity’.Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan.Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak.Semasa kecil kanak-kanak telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka.Perkembangan ini berterusan sehingga mereka dapat menulis,melukis atau melakukan tugasan seperti memasang butang baju atau mengikat tali kasut dengan baik.Ciri motor halus ini penting bagi kita khususnya dalam memahami perkembangan motor halus kanak-kanak.Sebagai contoh pembelajaran kemahiran menulis,adalah penting kita memahami perkembangan motor halus dalam pengawalan pensel untuk kanak-kanak ini menulis.Guru harus tahu cara pengawalan gengaman jari tangan kanak-kanak.Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak masih di peringkat mengembangkan kemahiran mereka,guru ini akan mempertimbangkan saiz,bentuk dan panjang pensil yang sesuai untuk kanak-kanak ini mula menulis.Bagi kemahiran melukis pula,kajian yang telah dijalankan ileh Rhonda Kellogg, khususnya bagi kanak-kanak berumur 2-8 tahun mendapati bakat artis kanak-kanak bermula dengan lakaran symbol yang tertentu.Pada peringkat awal kanak-kanak akan melukis symbol seperti bentuk bulat,empat segi dan garis lurus. Adalah diharapkan aktiviti tarian dan pergerakkan kreatif yang dilaksanakan oleh guru dapat menggalakkan kanak-kanak menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi.Hasilnya,kanak-kanak dapat bergerak mengiringi muzik sensitive dengan rentak muzik serta mempertingkatkan kecerdasan kinestetik kanak-kanak.
2.1 Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak
Bidang seni kreatif tarian menyumbangkan kepada perkembangan kretiviti kanak-kanak.Walaupun pada amnya perkataan kreativiti biasa dikaitkan dengan bidang seni,ia digunakan dalam berbagai cara dalam berbagai konteks.Akibat sifat kompleks konsep kreativiti,berbagai teori telah dikembangkan bagi menjelaskannya.Oleh itu terdapat berbagai definasi ‘kreativiti yang berlainan.Ada kalangan yang mengatakan kreativiti adalah anugerah semulajadi tuhan yang tidak boleh dipelajari.Ada pula yang mengatakan kreativiti boleh dikembangkan dan mereka membentangkan cara-cara meningkatkannya.Kreativiti semestinya
6
berhubung dengan penghasilan sesuatu yang asli.Walau terdapat berbagai pendapat mengenai
a) proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan b) kemudahan mengembangkannya dalam
manusia. Sebagai contoh, Pfeiffer (dalam Goetz, 1981:297)mendefinasikan kreativiti sebagai ‘kebolehan mencipta produk kreatif’ yang baru,asli,dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang berkaitan’.Ahli psikologi yang paling banyak menyumbangkan terhadap bidang kreativiti adalah Professor Ellis Paul Torrance.Kerangka pemikiran kreatif Torrance, professor Ellis Paul Torrance dikenali kerana kajian pelopor beliau dalam bidang kreativiti.Dalam model beliau yang dinamakan “The threshold hypothesis”, beliau cuba mencari perhubungan antara kreativiti dan kecerdasan. Dia mendapati bahawa orang yang kreatif tinggi biasanya juga mempunyai kecerdasan yang tinggi.Walaubagaimanapun beliau berpendapat bahawa kecerdasan sahaja tidak memadai,terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi kreativiti. Torrance (1998) mendefinasikan kreativiti sebagai proses menjadi sensitive kepada masalah,kekurangan,kekurangan dari segi pengetahuan,elemen,harmoni dan sebagainya;mengidentifikasikakan masalah,mencari penyelesaian membuat andaian atau mencipta hipotesis tentang kekurangan,menguji dan menguji semula hipotesis,cuba mengubahnya, menguji lagi dan akhirnya mengkomunikasikan dapatan. Torrance adalah orang pertama yang mencipta kaedah untuk menguji kreativiti pada tahun 1976 yang dikenali sebagai Torrance Test of Creative Thinking. Ujian kreativiti Torrance meliputi empat aspek;
Kefasihan Fluency,merujuk kepada kebolehan menghasilkan idea-idea yang berbeza dan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Aplikasi;senaraikan beberapa kegunaan sebuah botol air mineral.
Keanjalan Flexibility,penghasilan idea yang berpunca dari kebolehan melihat sesuatu dari perspektif-perspektif yang berlainan serta pengunaan berbagai kaedah dan pendekatan.Aplikasi;bayangkan diri anda menjadi unta untuk sehari.
Keaslian Originality,keaslian bermakna penghasilan idea yang unik atau luar biasa.Ia juga kebolehan menyusun semula maklumat tentang sesuatu topic dengan cara yang baru dan berlainan.Aplikasi;fikirkan cara menunggang basikal yang berlainan dari yang biasa kamu lakukan.
7
Huraian Elaboratioan,huraian merupakan kaedah memperbaiki idea dengan menambahkan butir-butir lanjut supaya lebih jelas dan mudah difahami.Aplikasi;ceritakan dengan terperinci hari pertama anda kesekolah.Gunakan sebanyak butir-butir yang anda boleh.
Terdapat empat ciri kreativiti iaitu; pengunaan imaginasi,aktiviti yang bersifat imaginasi adalah proses menjanakan suatu yang asli.Ia merupakan alternative kepada sesuatu yang biasa.Ia melibatkan proses-proses berfikir dan perlakuan.Ia juga boleh dikatakan sebagai permainan mental yang di arahkan terhadap suatu objektif yang kreatif dimana fokus adalah terhadap memperbaikkan sesuatu situasi mengunakan pelbagai perspektif.Hasil kreatif biasanya berlaku bila idea yang sedia ada digabungkan atau di interpretasi semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasa tidak ada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan yang pelik,melihat analogi dan kaitan antara idea atau objek yang sebelum ini belum pernah dilihat. Pada abad ke-15,Leonardo Da Vinci merupakan orang yang pertama yang mengkaji secara terperinci bagaimana manusia boleh membina sebuah jentera ntuk terbang. Dia mendapat idea-idea penerbangannnya dari mengkaji burung. Walaupun tidak Berjaya mencipta jentera terbangnya yang dinamakan Ornithopter,idea-ideanya dan lukisannya dikaji semula oleh pelopor-pelopor kajiterbang abad ke-19.Berikutan itu penciptaan helicopter zaman moden adalah berdasarkan konsep beliau.
Mempunyai tujuan,Imaginasi atau pemikiran kreatif bertujuan. Ia biasanya berlaku secara kebetulan bila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak semestinya berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan.Walau bagaimanapun disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru ini objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali.Ini bermaksud bahawa kreativiti adalah gabungan aksi dan tujuan. Sebagai contoh, jika bot yang Samad naiki tenggelam dia akan cuba sedaya upaya memikirkan berbagai kaedah untuk selamatkan diri.
Bersifat asli,sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli.Ini bermaksud ianya suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh seseorang individu atau kumpulan.
Kreativiti adalah satu proses dan bukannya suatu produk atau peristiwa. Ia boleh dikembangkan dalam kanak-kanak dengan mengalakkan mereka melibatkan diri dengan
8
seni tarian.Melalui seni tarian,kretiviti dikembangankan melalui aplikasi secara praktikal
dimana mereka dilibatkan dalam suatu proses yang bertujuan menghasilkan pemikiran secara kreatif.
2.2 Perkembangan Seni Kreatif Tarian dan Perhubungan Otak Kiri dan Otak Kanan
Otak kita terdiri dari hemisphere kiri dan hemisphere kanan yang disambung di tengah-tengah dengan sekumpulan saraf yang dinamakan corpus callosum.Hemisphera kiri mengawal bahagian kanan anggota badan kita manakala hemisphere kanan mengawal anggota kiri badan.Setiap hemisphere memproses maklumat dengan cara yang berbeza serta mempunyai fungsi yang berbeza. Sebelah kiri memproses maklumat dan bertanggungjawab terhadap pengunaan bahasa,penyelesaian masalah dan aktiviti-aktiviti yang berbentuk akademik.Sebelah kanan pula pula lebih cenderong kepada memproses maklumat dengan lebih spontan dan kreatif, terutama dalam bidang seni dan muzik.Sebagai contoh,seorang penulis menggunakan otak kanan untuk mencipta dan otak kiri untuk mengurus dan menyusun apa yang dicipta dalam bentuk logical.Pada umumnya,semua orang mempunyai potensi menjadi kreatif. Walau bagaimanapun disebabkan nilai-nilai kehidupan moden lebih mengalakkan pengunaan fungsi-fungsi otak kiri,kita jarang mempunyai masa melibatkan masa diri dalam aktiviti otak kanan yang lebih kreatif seperti menulis novel atau melukis.Selari dengan ini belah kreatif kita pun menjadi kurang aktif disebabkan kurang pengunaanya.Tambahan pula dalam kebanyakkan manusia,otak belah kiri mereka lebih dominen. Oleh itu dalam mana-mana aktiviti yang berbentuk kreatif kita perlulah mengalakkan otak belah kanan untuk lebih aktif.Ini boleh dibuat dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti masa lapang termasuk yang berbentuk seni. Terdapat bukti kajian yang menunjukkan bahawa terdapat pesakit (aphasia) yang hilang fungsi otak kiri,tetapi mereka masih boleh memproses aktiviti-aktiviti mental yang dikuasai oleh belah itu seperti bahasa dan sebagainya. Elemen tubuh badan merangkum bahagian luaran tubuh seperti kepala,bahu,kaki dan tangan.Kanak-kanak boleh menggunakan imaginasi dan kreatif masing-masing untuk mereka cipta gerak- geri dalam tarian dengan menggunakan elemen tubuh badan . Contoh gerak geri pusing kepala,turun bahu jalan dan
2.3 Perkembangan Sosial
Melalui bidang seni kreatif tarian kanak-kanak dapat perkembangkan hubungan social
9
dikalangan rakan-rakan yang sebaya dengannya. Kanak-kanak dapat berinteraksi sesama
rakan mereka semasa melakukan pergerakan dalam tarian. Pergerakan kreatif kanak-kanak dalam tarian dapat meningkatkan imaginasi,keativiti,dan estetika kanak-kanak dengan berimaginasi semasa aktiviti gerakan, menginterpretasikan idea dan mengapresiasi estetika gerak- geri yang ditunjukkan dalam aktiviti gerakan .Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif dapat melatih kanak-kanak mengenal bahagian-bahagian tubuh badan sendiri,meningkatkan kekuatan fizikal dan daya ketahanan,mengeksplorasi dan menggunakan ruang dengan bijak menghargai dan membahagikan masa mengikut keutamaan.Aktiviti pergerakan kreatif menggabungkan elemen-elemen pergerakan seperti tubuh badan,ruang,masa dan daya.
Kanak-kanak juga dapat bekerjasama diantara mereka untuk mereka cipta gerak-geri dengan menggunakan elemen tubuh badan. Elemen tubuh badan merangkumi bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu,kaki dan tangan.kanak-kanak boleh menggunakan imaginasi dan kreativiti masing-masing untuk mereka cipta gerak-geri dengan menggunakann elemen tubuh badan. Contoh gerak-geri pusing kepala, turun naik bahu,berjalan dan melambai tangan.Daripada gerak- geri yang dihasilkan, kanak-kanak boleh meneka maksud gerakan menilai estetika yang ada pada gerakan. Penggunaan tubuh badan adalah melatih kanak-kanak menjelajahi ruang persembahan secara kreatif.
Melalui bidang seni kreatif tarian juga dapat memupuk sikap bertolak-ansur dikalangan kanak-kanak. Kanak-kanak akan menurut perancangan yang dibuat oleh guru dalam melaksanakan pengajaran tarian dan pergerakan kreatif. Guru boleh mengajar tarian dan pergerakan dengan menggunakan kaedah latihan professional kepada kanak-kanak. Prosedur pengajaran tarian dan pergerakan kreatif secara professional ialah dengan menjemput jurulatih,jurulatih membuat demonstrasi kepada kanak-kanak. Seterusnya latihan tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak dilakukan bersama dengan jurulatih untuk memantapkan kemahiran gerak. Pratonton kepada guru dan ibu bapa dan seterusnya persembahan akhir.
2.4 Jenis-jenis Tarian Pelbagai Budaya Malaysia
Jenis-jenis tarian pelbagai budaya Malaysia merangkumi tarian kuda kepang,zapin,tarian joget,tarian singa,tarian naga, tarian Bharata Natyam,tarian Ngajat Solo,tarian Sumazau,tarian buluh dan tarian Orang Asli.
10
Tarian Kuda Kepang
Gerak-geri dalam tarian kuda kepang menunjukkan perjuangan dan peperangan.Props kuda kepang digunakan untuk tarian ini.Penari-penari kuda kepang menggunakan alat-alat muzik seperti gendang,gong dan angklung untuk mengiringi gerak geri tarian.Tarian kuda kepang terkenal di Johor dan mendapat pengaruh dari Jawa dan Islam.
Tarian Zapin
Gerakan tarian zapin adalah berasaskan gerak-geri kaki penari-penari.Tarian ini berasal dari timur tengah yang berasaskan kesenian Arab-Parsi.Pada mulanya tarian zapin dipraktikan sebagai amalan berzikir untuk menyebarkan sejarah tamadun islam. Di Malaysia,tarian Zapin terkenal di negeri Johor.
Tarian Joget
Gerakan tarian joget tertumpu pada tangan dan kaki penari.Lagu-lagu yang mengiringi tarian ini adalah seperti Joget Serampang Laut dan Joget 106.Tarian ini dipengaruhi kebudayaan Portugis dan ditarikan secara beramai-ramai dalam pesta keramaian.Tarian joget telah dijadikan salah satu tarian social dan diterima oleh pelbagai kaum di Malaysia.
Tarian Singa
Penari-penari tarian singa meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.Tarian singa merupakan tarian yang bertenaga dan menghiburkan dalam adat warisan masyarakat cina.Penari-penari memerlukan keberanian untuk melakukan pergerakan yang tepat untuk persembahan tarian singa.Alat-alat muzik yang mengiringi tarian ini ialah gendang tagu cina dan simbal.
Tarian Naga
Pergerakan tarian naga berbelok-belok dan beralun-alun.Penari-penari tarian naga memegang sebatang “naga” dengan tiang untuk menghidupkan naga.Tarian ini dipersembahkan oleh sepasukan penari.Penari-penari perlu menguasai penataan gerak tarian yang tepat untuk menunjukkan kuasa dan maruah naga.Alat-alat muzik yang mengiringi tarian ini ialah gendang tagu cina dan simbal.
Tarian Bharata Natyam
Gerak-geri tarian Bharata Natyam tertumpu pada kepala,tangan dan kaki.Rentak tarian ini dikenali sebagai jatis.Muzik yang mengiringi tarian ini adalah berdasarkan suku kata rentak ‘’shollukatus.’’Tarian ini dipersembahkan oleh penari wanita secara solo berasal dari Negeri Tamil Nadu di Selatan India.
11
Tarian Bhangra
Pergerakan kepala dan tangan dalam tarian bhangra membawa maksud untuk meraikan penglibatan dan kejayaan.Tarian ini berasal dari Punjab,India merupakan salah satu tarian kebudayaan kaum suku Sikh di Malaysia.Kosum untuk tarian ini adalah berwarna terang dan berseri-seri.
Tarian Ngajat
Tarian ngajat ditarikan ketika kaum lban menyambut gawai.Penari bergerak dengan melompat bersama iringan lagu.Setiap rentak tarian perlu bersesuaian dengan situasi menuai pada musim menuai.Alat-alat muzik yang digunakan dalam tarian ini adalah seperti gendang,gong,bebendai,tawa kengkurumong dan sapeh.Tarian ini sangat popular di kalangan orang ulu di Sarawak.
Tarian Sumazau
Gerak geri tarian sumazau perlahan dan lemah –lembut.Ketika menari,tangan penari dikepakkan keluar,gerakannya turun naik seperti burung terbang.Alat-alat muzik yang digunkan dalam tarian ini ialah gong dan gendang. Tarian sumazau merupakan tarian tradisi rakyat Sabah suku kaum kadazan dusun, ditarikan semasa menyambut majlis jamuan dan hari keramaian.
Tarian Buluh
Dalam tarian buluh,sepasang buluh panjang dipegang pada paras buku lali oleh penari-penari.Penari-penari mengetuk kedua-dua buluh antara satu sama lain mengikut rentak.Penari-penari lain perlu bergerak sambil melompat diantara kedua-dua batang buluh tersebut tanpa tersepit.Tarian buluh merupakan tarian tradisi kaum kwijau dari keningau,Sabah.
Tarian Orang Asli
Gerak geri tarian orang asli menggambarkan amalan seharian seperti berkebun,mencari hasil laut dan upacara yang berkait rapat dengan kepercayaan kerohanian.Alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti gendang yang diperbuat daripada kulit haiwan dan muzik tiupan yang diperbuat daripada daun atau buluh.
12
3.0 Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan di atas, amat jelas bidang seni kreatif tarian dapat menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia. Guru perlulah merancang dan melaksanakan pengajaran tarian dan pergerakan kreatif dengan menggunakan pelbagai kaedah.Bantuan kepakaran daripada jurulatih luar juga diharap dapat membantu mengajar tarian dan pergerakan dengan menggunakan kaedah latihan professional kepada kanak-kanak.Guru juga boleh mengajar tarian dan pergerakan dengan menggunakan kaedah tayangan video kepada kanak-kanak. Aktiviti pergerakan kreatif dapat meningkatkan imaginasi.Kreativiti dan estetika kanak-kanak dengan berimaginasi semasa aktiviti gerakan,menginterpretasikan idea dan mengapresiasi estetika.gerak geri yang ditunjukkan dalam aktiviti gerakan. Aktiviti-aktiviti pergerakkan kreatif dapat melatih kanak-kanak mengenal bahagian-bahagian tubuh badan sendiri,meningkatkan kekuatan fizikal dan daya ketahanan,mengeksplorasi dan menggunakan ruang dengan bijak,menghargai dan membahagikan masa mengikut keutamaan. Aktiviti pergerakan kreatif menggabungkan elemen-elemen pergerakan seperti tubuh badan,ruang,masa,dan daya.
4.0 Aktiviti Kreatif Untuk Sambutan Hari Guru
Tema : Guru Cemerlang Murid Terbilang
Tajuk: Pertujukan Fesyen Tradisional
Rasional Aktiviti: Kanak-kanak mempunyai kecenderongan yang tinggi terhadap kreativiti dan pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif kanak-kanak juga dicungkil melalui aktiviti-aktiviti seni yang dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak.Kreativiti kanak-kanak boleh dikenalpasti semasa mereka melaksanakan aktiviti seni seperti pertunjukan fesyen. Selain itu, pertujukan fesyen juga dapat memperkenalkan jenis-jenis pakaian tradisional kaum-kaum utama di Malaysia.Seterusnya mengukuhkan hubungan silaturrahim antara kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pertunjukan fesyen.Penglibatan kanak-kanak yang berbagai bangsa seperti melayu,cina,india dan lain-lain amat dialu-alukan untuk memupuk semangat satu Malaysia sejak daripada kecil lagi.Disamping itu melalui pertujukan fesyen juga dapat
13
memberi peluang kepada kanak-kanak menunjukkan bakat masing-masing dalam
bidang fesyen. Dengan harapan pada suatu masa nanti ada dikalangan kanak-kanak ini yang berminat menceburi bidang rekaan fesyen.
Bilangan murid terlibat: 15 orang
Durasi aktiviti :
1.Masa yang diambil untuk pertujukkan fesyen ialah 30 minit.
Peralatan/bahan-bahan/skrip/kostum/set proksi/muzik/lirik
Peralatan yang diperlukan adalah sebuah pentas untuk kanak-kanak mengayakan fesyen mereka.Bahan-bahan yang diperlukan ialah sebuah kamera,perakam video,skrip untuk pengacara majlis,pakaian-pakaian tradisional yang berbagai jenis mengikut kaum masing-masing.Sebuah pentas yang telah dihias dengan sesuai dengan tema.Pilihan muzik yang sesuai dengan tema dan lirik yang sesuai dengan majlis.
Langkah-langkah perlaksanaan
1.Murid dipilih untuk menyertai aktiviti pertujukan fesyen. Pemilihan murid-murid yang berbilang bangsa.Pastikan murid yang dipilih hendaklah terdiri daripada kaum melayu,cina,india dan lain-lain.
2.Murid-murid memakai pakaian tradisional kaum masing-masing.Guru hendaklah memastikan kanak-kanak memakai pakaian tradisional mengikut tema yang telah ditetapkan
3. Pengacara majlis menjemput peserta pertunjukan fesyen secara bergilir-gilir.Pengacara majlis memperkenalkan fesyen pakaian yang digayakan oleh peserta pertunjukan fesyen.Muzik latar dipasang semasa pertunjukan fesyen dijalankan.
Unsur-unsur kreativiti dan nilai-nilai murni yang dapat dikembangkan dalam aktiviti pertunjukan fesyen.
Terdapat unsur-unsur kreativiti yang dapat diperolehi oleh kanak-kanak semasa
14
menjalankan aktiviti seni kreatif pertunjukan fesyen. Kanak-kanak akan mempertingkatkan
pergerakan kreatif semasa mengayakan fesyen. Kanak-kanak juga akan membuat pergerakan yang berirama mengikut muzik semasa mengayakan fesyen.Gerakan-gerakan kreatif adalah menerusi imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.Gerakan-gerakan yang melibatkan psikomotor kanak-kanak dapat membantu kanak-kanak memahami struktur dan fungsi anggota badan diri,kemampuan diri untuk melakukan gerak menyelesaikan masalah semasa membuat gerak dan mengekspresikan perasaan masing-masing.Disamping itu,terdapat nilai-nilai murni yang dapat disemai kepada kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti pertunjukan fesyen.Nilai kasih sayang dapat diterap dalam diri kanak-kanak.Mereka melaksanakan aktiviti pertunjukan fesyen dengan rakan-rakan berbilang bangsa.Hubungan kasih sayang dapat dijalinkan antara satu sama lain.Nilai murni seterusnya ialah bekerjasama, kanak-kanak bekerjasama dalam menjayakan aktiviti pertunjukan fesyen.
2.1 Aktiviti Kreatif
Tema : Guru Cemerlang Murid Terbilang
Tajuk : Membaca Sajak
Rasional aktiviti: Guru digalakkan membimbing kanak-kanak mendeklamasikan sajak yang mempunyai ritma dan mempunyai susunan ayat yang ringkas dan mudah.Sajak kanak-kanak merupakan puisi baru yang bebas daripada peraturan dalam pembentukan rangkap,baris,kata-kata dan ritma.Manakala sajak kanak-kanak merupakan puisi baru yang bebas daripada peraturan dalam pembentukan rangkap.baris,kata-kata dan ritma. Pantun kanak-kanak mempunyai kepelbagaian bentuk dan boleh dinyayikan dalam bentuk lagu mengikut irama.Seterusnya sajak pula mempunyai keharmonian dan baris-baris ayat yang membangunkan rangkap tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap. Sajak untuk kanak-kanak tidak semestinya mengemukakan pertentangan ritma akhir di hujung setiap baris ayat.Sajak untuk kanak-kanak perlu dideklamasikan secara indah,segar dan bebas.
Muzik lagu dan nyanyian serta sajak dapat mempertingkatkan kemahiran muzikal dan juga kreativiti kanak-kanak.Aktiviti mendeklamasi sajak pula dapat melatih kanak-kanak menggunakan sebutan yang jelas dan menyampaikan perasaan masing-masing menerusi aktiviti yang dilaksanakan. Aktiviti membaca sajak yang dilaksanakan untuk kanak-kanak memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif. Setiap bacaan sajak memerlukan kanak-
15
kanak berimaginasi dan berfikir.Sajak kanak-kanak mempunyai keharmonian, baris-baris ayat yang membangunkan rangkap tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap.Sajak untuk kanak-kanak tidak semestinya mengemukakan pertentangan ritma akhir dihujung setiap baris ayat. Sajak untuk kanak-kanak perlu dideklamasikan secara indah,segar dan bebas.
Bilangan murid yang terlibat: 15 orang
Durasi aktiviti
Masa yang diambil untuk membuat persembahan mendeklamasi sajak ialah 30 minit.
Peralatan bahan-bahan/skrip/kostum/set-propsi/muzik/lirik
Peralatan yang diperlukan untuk membuat persembahan mendeklamasi sajak ialah sebuah pentas yang dihias sesuai mengikut tema hari kebangsaaan.Sebuah skrip diperlukan untuk juruacara majlis.Kanak-kanak memakai pakaian yang mengikut tema dengan mempunyai hiasan bendera Malaysia pada baju mereka. Setiap persembahan diiringi dengan muzik latar yang sesuai dengan tema hari kebangsaan dan lagu-lagu yang berunsur patriotisme seperti warisan,keranamu Malaysia,Malaysia Berjaya,dan lain-lain lagi dimainkan.
Langkah perlaksanaan
1.Terlebih dahulu kanak-kanak diperdengarkan bacaan sajak melalui pita rakaman. Kanak-kanak diminta mendengar dengan teliti dan dengan sepenuh perhatian.
2.Kanak-kanak dipertontonkan melalui video persembahan membaca sajak.
3.Guru dan kanak-kanak membaca sajak secara bersama-sama.
4.Kanak-kanak membaca sajak secara beramai-ramai dalam kumpulan.
5.Guru meminta kanak-kanak membaca sajak secara individu.
6.Guru memilih 15 orang kanak-kanak yang boleh membaca sajak dengan baik untuk membuat persembahan mendeklamasi sajak.
7.Kanak-kanak yang terpilih untuk membuat persembahan diminta memakai pakaian yang sesuai dengan tema hari kebangsaan.
8.Guru memakaikan kostum yang sesuai pada kanak-kanak yang mengambil bahagian.
9.Kanak-kanak menaiki pentas dan membuat persembahan mendeklamasi sajak secara individu dan bergilir-gilir.
10.Muzik latar dimainkan semasa kanak-kanak mendeklamasi sajak.
Unsur-unsur kreativiti dan nilai-nilai murni yang dapat dikembangkan dalam aktiviti tersebut
Terdapat unsur-unsur kreativiti dan nilai-nilai murni yang dapat dikembangkan melalui
16
aktiviti mendeklamasi sajak. Aktiviti membaca sajak yang dilaksanakan dapat memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif setiap kanak-kanak. Dengan bersajak memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam membuat pergerakan gaya semasa persembahan dan mengikut mud. Penglibatan kanak-kanak secara aktif dalam aktiviti bersajak dapat memperkembangkan kreativiti kanak-kanak. Perkembangan aktiviti kanak-kanak dalam bersajak melibatkan imaginasi atau khayalan. Kanak-kanak akan berimaginasi dan berkhayalan semasa membuat persembahan mendeklamasi sajak. Secara tidak langsung juga dapat memupuk nilai estetika kanak-kanak. Disamping itu terdapat nilai-nilai murni yang dapat dikembangkan dalam diri murid-murid semasa aktiviti bersajak. Antara nilai-nilai murni yang dapat dikembangkan melalui aktiviti bersajak ialah semangat patriotisme, Kanak-kanak akan mempunyai semangat cintakan kepada negara sendiri. Amat wajar, kanak –kanak ditanamkan dengan sikap cintakan negara supaya mereka menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab,taat dan berjasa kepada negara apabila dewasa kelak.Nilai murni seterusnya ialah berani, kanak-kanak mempunyai sikap berani untuk naik ke pentas untuk membuat persembahan mendeklamasi sajak. Nilai berani harus dipupuk dalam diri kanak-kanak supaya mereka dapat mengembangkan bakat yang ada dalam diri mereka dan berani mencuba untuk mendapat sesuatu yang dihajati. Kanak-kanak yang berani mencuba akan berjaya kerana untuk mendapatkan kejayaan kita perlu berani mencuba dan rajin berusaha.
Rujukan
1. Bee,H.(1999).The growing Child:An applied approach (2nd ed.).New York: Logman.
2. Chan,D.W.(2003).Dimensions of emotional intelligence and their relationship with social coping among gifted adolescents in Hong Kong.Journal of Youth and Adolescence,32(6),409
3. Christine Macintyre.(2008). Gifted and talented children 4-11: understanding and supporting their development.Amerika Syarikat. David Fulton Book.
4. Clark,B.1997 Growing up gifted 5Tth edn,Merrill, Upper Saddle River, NJ
5. Goleman, D. (1995).Emotional intelligence,New York: Bantam.
6. www.scribd.com/doc/12898166/perkembangan-motor-halus-dan-kasar-kanak-kanak
7. Zulpzrasekolah.blogspot.com
17
Lampiran
Gambar tarian
Tarian Singa Tarian Naga
Kuda Kepang
Tarian Zapin
4.0 E-FORUM
forum 1
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah (D20102043455)
Date posted : 27 Mar 2012 12:51:37 AM
(40 read/s)
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera,
Kreativiti kanak-kanak boleh dikategorikan kepada semula jadi dan boleh dipelajari. Menurut Torrance (1977) dan Dacey (1989) dan banyak kajian-kajian yang telah dijalankan sebelum ini mendapati bahawa sifat kreatif memang telah sedia ada sejak kanak-kanak lagi. Mereka dapat memanipulasikan dan keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan unik. Kreativiti perlu dibangunkan dalam kalangan kanak-kanak bermula dirumah dan sejak peringkat awal persekolahan.Ia bertujuan untuk membolehkan mereka tahu potensi dan kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka. Dengan ini ia dapat memberikan banyak manfaat seperti menggalakkan penerokaan bidang dan teknologi baru.Dapat membiasakan minda mencari jawapan bilazim dan tidak konvensional.Kanak-kanak dapat mengerahkan pemikiran bercapah dan ‘think out of the box,mereka juga dapat mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan, imaginasi dan visualisasi dan seterusnya ia dapat menyerlahkan personaliti individu yang kreatif.
contohnya bayi yang baru lahir pandai minum susu tanpa mempejalari terlebih dahulu,manakala kanak-kanak yang berumur 2-3 tahun boleh menconteng, melukis ,menyanyi dan bermain dengan kreativiti mereka sendiri,kanak-kanak pada peringkat pemerolehan bahasa menggunakan kreativiti mengikut naluri kanaka-kanak..
Bagi kanak-kanak yang berumur 4-5 tahun mereka boleh melukis, mewarna ,menyanyi,menari dan permainan kat-kata . Kanak-kanak pada peringkat umur seperti ini mereka perlu kepada tunjuk ajar daripada sesorang terutama ibu bapa untuk mendapat bahasa yang kreatif dan kesenian ,mereka boleh mengikut apa yang mereka dengar dan lihat di sekeliling mereka..
Pada usia 6-7 tahun kanak-kanak ini boleh melakukan kesenian yang semula jadi , contohnya bermain pondok-pondok,berniaga dan sebagainya kerana pada peringkat ini seorang kanak-kanak ingin melakukan apa yang mereka lihat ,mereka boleh meniru apa yang mereka lihat. mereka boleh berintraksi dengan orang yang lebih tua .8-9 tahun kanak-kanak boleh mereka cerita sendiri (bercerita) ,permainan dan pakaian beragam.10-13 tahun mereka mendapat informasi, mengenali yang baru dan moden contohnya mengenali mesin dan penulisan yang kreatif. Sekian, terima kasih.
Re : Kreativiti kanak-kanak adalah semula jadi atau boleh dipelajari. Bincangkan. 03 Apr 2012 12:36:01 AM
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah 02 Apr 2012 10:53:22 PM
Reply To : Norimah Binti Abd Kadir
Attachment : No File Attach
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera,
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,kreativiti juga merupakan sesuatu yang bersifat terbuka,segar,baru,asli,tersendiri,unik dan yang lebih penting ianya merupakan naluri semulajadi kanak-kanak.Sedikit penambahan daripada saya ,kreativiti kanak-kanak adalah satu anugerah tuhan yang tiada seorang pun dapat menafikannya. Ini kerana bagi kanak-kanak segalanya adalah baru dan mereka tidak belajar di mana-mana. Apa yang dapat dilihat, mereka ini menggunakan otak kecil mereka untuk cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia sekeliling mereka.
Walau bagaimanapun kreativiti ini boleh dikembangkan dengan mengambilkira potensi atau bakat kreatif semula jadi seseorang kanak-kanak. . Sebagai guru, ibu bapa atau penjaga, mereka boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreatif . Ini kerana semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi. Ibu bapa hanya perlu memberikan sedikit galakan dan peluang untuk mereka mendapat kebebasan untuk bertindak dan bersuara. Contohnya Ibu bapa boleh menyediakan pelbagai jenis bahan untuk mainan kreatif anak seperti alat-alat lukisan, pakaian lama, tanah liat dan doh mainan buatan sendiri, blok binaan atau kotak, dan sebagainya.
Kemudian, galakkan mereka memikirkan sesuatu dengan sendiri. Ibu bapa seharusnya menyokong idea atau ciptaan mereka - bukan mengkritik atau cuba membetulkan rupa atau bentuk hasil kreatif mereka.Sekian,terima kasih.
Re : Re : Kreativitikanak-kanakadalah semulajadi atau boleh dipelajari 03 Apr 2012 12:44:28 AM
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah 02 Apr 2012 11:07:43 PM
Reply To : Norimah Binti Abd Kadir
Attachment : No File Attach
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera,
Izinkan saya membuat sedikit penambahan, kreativiti kanak-kanak adalah semula jadi,iaitu keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baru, menurut sumber Schimacher (1998), perkembangan kreativiti kanak-kanak boleh dikategorikan kepada dua iaitu menerusi aktiviti seni dan aktiviti harian mengikut umur.contohnya bayi yang baru lahir pandai minum susu tanpa mempejalari terlebih dahulu,manakala kanak-kanak yang berumur 2-3 tahun boleh menconteng, melukis ,menyanyi dan bermain dengan kreativiti mereka sendiri,kanak-kanak pada peringkat pemerolehan bahasa menggunakan kreativiti mengikut naluri kanak-kanak.
Bagi kanak-kanak yang berumur 4-5 tahun mereka boleh melukis, mewarna ,menyanyi,menari dan permainan kat-kata . Kanak-kanak pada peringkat umur seperti ini mereka perlu kepada tunjuk ajar daripada sesorang terutama ibu bapa untuk mendapat bahasa yang kreatif dan kesenian ,mereka boleh mengikut apa yang mereka dengar dan lihat di sekeliling mereka..
Pada usia 6-7 tahun kanak-kanak ini boleh melakukan kesenian yang semula jadi , contohnya bermain pondok-pondok,berniaga dan sebagainya kerana pada peringkat ini seorang kanak-kanak ingin melakukan apa yang mereka lihat ,mereka boleh meniru apa yang mereka lihat. mereka boleh berinteraksi dengan orang yang lebih tua .8-9 tahun kanak-kanak boleh mereka cerita sendiri (bercerita) ,permainan dan pakaian beragam.10-13 tahun mereka mendapat informasi, mengenali yang baru dan moden contohnya mengenali mesin dan penulisan yang kreatif
Kemahiran yang kreatif kepada kanak-kanak merupakan anugerah semula jadi contohnya kemahiran berfikir merupakan kebolehan kanak-kanak untuk mencerna, berimaginasi, menghasilkan pelbagai idea . Pemikiran yang kreatif boleh meningkatkan inovasi, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak menerusi aktiviti seni. Proses ini boleh membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan karya seni yang unik dan mencungkil bakat seni seseorang kanak-kanak.Sekian,terima kasih.
Re : Re : Kreativiti kanak-kanak adalah semula jadi atau boleh dipelajari. Bincangkan. 03 Apr 2012 01:04:03 AM
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah 31 Mar 2012 10:53:06 PM
Reply To : Fazilah Binti Zainal Abidin
Attachment : No File Attach
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera,
Saya juga bersetuju yang diperkatakan oleh cikgu..... Secara asasnya, kreativiti kanak-kanak adalah semulajadi tetapi juga bergantung kepada proses pendidikan yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut bagi memperkembangkan daya kreativiti mereka.Sedikit pandangan daripada saya,kreativiti adalah satu anugerah Tuhan yang merupakan potensi yang dimiliki oleh semua individu.
Kreativiti perlu dibangunkan dalam kalangan kanak-kanak bermula dirumah dan sejak peringkat awal persekolahan.Ia bertujuan untuk membolehkan mereka tahu potensi dan kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka. Dengan ini ia dapat memberikan banyak manfaat seperti menggalakkan penerokaan bidang dan teknologi baru.Dapat membiasakan minda mencari jawapan bilazim dan tidak konvensional.Kanak-kanak dapat mengerahkan pemikiran bercapah dan ‘think out of the box,mereka juga dapat mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan, imaginasi dan visualisasi dan seterusnya ia dapat menyerlahkan personaliti individu yang kreatif.
Justeru itu, pembangunan kreativiti perlu dimantapkan sejajar dengan era globalisasi, zaman ledakan maklumat dan dunia tanpa sempadan pada masa kini dan akan datang. Peranan pendidikan kian mencabar baik kepada warga pendidik mahupun kepada murid.Sekian,terima kasih
Re : Kreativiti kanak-kanak adalah semula jadi atau boleh dipelajari. Bincangkan. 03 Apr 2012 12:36:01 AM
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah 02 Apr 2012 10:53:22 PM
Reply To : Norimah Binti Abd Kadir
Attachment : No File Attach
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera,
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,kreativiti juga merupakan sesuatu yang bersifat terbuka,segar,baru,asli,tersendiri,unik dan yang lebih penting ianya merupakan naluri semulajadi kanak-kanak.Sedikit penambahan daripada saya ,kreativiti kanak-kanak adalah satu anugerah tuhan yang tiada seorang pun dapat menafikannya. Ini kerana bagi kanak-kanak segalanya adalah baru dan mereka tidak belajar di mana-mana. Apa yang dapat dilihat, mereka ini menggunakan otak kecil mereka untuk cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia sekeliling mereka.
Walau bagaimanapun kreativiti ini boleh dikembangkan dengan mengambilkira potensi atau bakat kreatif semula jadi seseorang kanak-kanak. . Sebagai guru, ibu bapa atau penjaga, mereka boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreatif . Ini kerana semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi. Ibu bapa hanya perlu memberikan sedikit galakan dan peluang untuk mereka mendapat kebebasan untuk bertindak dan bersuara. Contohnya Ibu bapa boleh menyediakan pelbagai jenis bahan untuk mainan kreatif anak seperti alat-alat lukisan, pakaian lama, tanah liat dan doh mainan buatan sendiri, blok binaan atau kotak, dan sebagainya.
Kemudian, galakkan mereka memikirkan sesuatu dengan sendiri. Ibu bapa seharusnya menyokong idea atau ciptaan mereka - bukan mengkritik atau cuba membetulkan rupa atau bentuk hasil kreatif mereka.Sekian,terima kasih.
Forum 2
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah (D20102043455)
Date posted : 24 Apr 2012 12:09:13 AM
(18 read/s)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Izinkan saya pula untuk memberi pandangan,merujuk kepada kamus, perkataan imaginasi bermaksud daya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan (sesuatu) dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan oleh seseorang manusia atau insan.
Berimaginasi bukan saja berlaku di kalangan kanak-kanak yang berimaginasi akan tetapi juga orang dewasa. Ini kerana pemikiran imaginatif dikaitkan dengan permikiran kreatif. Imaginasi kanak-kanak boleh dikaitkan dengan pemikiran simbolik mereka. Apa juga segala percakapan, perbuatan dan imaginasi kita akan dirakam oleh minda separa sedar dan minda separa sedar akan bertanggungjawab untuk merealisasikan setiap kata-kata dan imaginasi kita.
Imaginasi boleh mendatangkan kesan yang positif dan negatif. Imaginasi yang baik, memberikan impak yang baik jika direalisasikan dengan cara yang betul bilamana kanak-kanak berusaha untuk mengeksplorsikan apa yang diimgnasikan. Begitu juga sebaliknya, imaginasi yang buruk akan memberikan impak yang buruk.
Imaginasi boleh menghasilkan kesan yang positif bila seseorang berimaginasi tentang perkara yang positif dan bertindak secara kreatif. Hal ini mampu membantu dalam penambahbaikan mutu kerja , hasil kerja atau juga merangka pembelajaran dan pengajaran yang menarik atau menghasilkan sesuatu yang baru. Selain itu juga, berimaginasi dapat menajamkan akal fikiran dan boleh mempelbagaikan idea-idea yang bernas selain membentuk dan meningkatkan kualiti kreativiti seseorang murid. Justeru, mereka akan menerokai perkara-perkara yang di luar pemikiran yang tidak terfikir oleh semua orang atau melakukan sesuatu yang positif di luar jangkaan.
Kesan negatif pula akan berlaku jika imaginasi yang keterlaluan dilakukan dengan cara yang tidak bijaksana. Aksi khayalan yang melampau dalam cerita-cerita di televisyen ditakuti menjadi habit atau cubaan kepada kanak-kanak, jika diimginasikan dan jika ingin direalisasikan oleh kanak pasti akan menimbulkan kesan negatif. khayalan. Contohnya kartun Superman atau Spiderman yang memaparkan khayalan yang mustahil berlaku, dan jika diterjemahkan oleh si cilik dalam dunia realiti ini dikhuatiri dan secara tidak langsung mendatangkan kesan-kesan negatif terhadap kanak-kanak. Bila mana pernah satu ketika dahulu seorang kanak-kanak mati jatuh dari bangunan akibat mahu mengayakan baju Superman yang dipakai. Selain itu imagnasi yang keterlaluan juga mungkin menyebabkan seseorang hilang fokus pada sesuatu idea yang difikirkan, akan timbul perasaan dan perlakuan suka ‘berangan’ atau berada dalam dunia khayalan yang tidak difahami oleh orang lain dan menyebabkan seseorang membuat sesuatu kerja di luar kebiasaan, tidak mengikut arahan atau tanpa mengikut kehendak soalan serta tindakannya boleh dianggap sia-sia atau tidak menepati kehendak. Sekian, terima kasih.
Re : Forum 2 24 Apr 2012 12:19:43 AM
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah 19 Apr 2012 11:16:15 PM
Reply To : Suhana Binti Hassan
Attachment : No File Attach
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Saya bersetuju dengan pandangan cikgu daya khayalan seorang kanak-kanak yang tidak boleh dikawal kerana kanak-kanak selalunya mempunyai khayalan yang tinggi sehingga di luar jangkaan. Izinkan saya untuk membuat sedikit penambahan. Antara kesan positif imaginasi ialah menghasilkan idea yang bernas. Imaginasi merupakan suatu perkara yang positif dalam kehidupan seseorang.Ia bermanfaat bukan sahaja dalam kehidupan harian,tetapi juga dalam pekerjaan dan pembelajaran. Ia membantu kita membuat penilaian, keputusan dan menyelesaikan masalah dengan berkesan. Imaginasi juga merealisasikan impian yang kita harapkan.Lagi kuat imaginasi dan keinginan kita tetapkan, lagi besarlah peluang impian dan cita-cita itu untuk tercapai. Imaginasi yang positif merupakan satu tapak asas bagi ke arah cita-cita yang diimpikan. Ia memberikan ruang kepada setiap insan untuk membayangkan kehidupan masa akan datang. Ia juga memberikan motivasi kepada seseorang itu untuk meneruskan kehidupannya. Selain itu, kita mestilah berusaha dengan gigih unutk merealisasikan imaginasi itu. Imaginasi adalah ditentukan oleh setiap individu menerusi cara pelaksanaannya. Jika imaginasi yang positif, tanpa usaha ia sia-sia sahaja. Disamping itu, imaginasi yang positif memboleh seseorang itu berasa lega hati. Ini merupakan satu cara untuk mengurangkan tekanan diri kita. Kesan negatif pula ialah imaginasi yang tidak dilakukan dengan bijaksana. Antaranya mungkin menyebabkan seseorang hilang fokus pada sesuatu idea yang difikirkan, akan timbul perasaan dan perlakuan suka ‘berangan’ atau berada dalam dunia khayalan yang tidak difahami oleh orang lain dan menyebabkan seseorang membuat sesuatu kerja tanpa mengikut kehendak sebenar arahan serta tindakannya boleh dianggap sia-sia atau tidak menepati kehendak. Justeru itu, kita harus berwaspada apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja yang suka berimaginasi,menghasilkan mutu kerja yang rendah kerana asyik fikir kosong saja. Imaginasi juga tidak reaslistik.Orang sekarang lebih suka berfikir kosong dan bercakap kosong. Bila diminta buat apa yang dikatakan itu, mereka terus melepaskan diri. Ini kerana mereka sentiasa berfikiran negatif. Belum cuba sudah mengalah. Sekian, terima kasih.
Re : Imaginasi: Kesan positif dan negatif. Bincangkan . 24 Apr 2012 12:29:35 AM
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah 18 Apr 2012 01:27:08 AM
Reply To : Mustapa Bin Hassan
Attachment : No File Attach
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ya, saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Pendapat saya pula, daya khayalan atau imaginasi kanak-kanak sememangnya tidak boleh dikawal.Mereka mempunyai khayalan yang tinggi dan kadang-kadang di luar jangkaan ibu bapa dan guru. Imaginasi kanak-kanak boleh menghasilkan sesuatu yang kreatif iaitu imaginasi kreatif. Mereka mempunyai sesuatu hebat dan kadangkala hasil yang diluar jangkaan. Sebagai guru, kita perlu berfikiran kreatif apabila berhadapan dengan kanak-kanak sebegini. Kita perlu membantu mereka meluahkan atau merealisasikan imaginasi yang ditunjukkan supaya dapat dikongsi bersama oleh murid yang lain. Hanya dengan kaedah ini, daya kreativiti mereka boleh diketengahkan. Imaginasi yang positif akan membina minda kanak-kanak supaya lebih kreatif.Namun, berhati-hati dengan imaginasi berada di dunia khayalan mereka sahaja. Murid yang begini tidak akan merealisasikan imaginasi mereka dalam bentuk praktikal tetapi hanya berlegar-legar di kotak pemikiran mereka. Kanak-kanak begini boleh menjejaskan potensi pelajaran mereka dan menjejaskan tumpuan di dalam kelas. Lebih membimbangkan sekiranya imaginasi itu didorong oleh perasaan ingin tahun yang negatif seperti memukul,seksualiti dan dendam.Sekian, terima kasih.
Re : Re : Imaginasi: Kesan positif dan negatif 24 Apr 2012 12:38:28 AM
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah 16 Apr 2012 11:44:17 AM
Reply To : Santhi A/P Subramaniam
Attachment : No File Attach
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera,
Saya setuju dengan pendapat cikgu. Sedikit penambahan daripada saya, imaginasi adalah merupakan suatu angan-angan atau khayalan dalam minda seseorang. Ini kerana dunia khayalan seseorang individu itu terlalu luas dan sukar dikawal. Woolfolk (1998), menjelaskan bahawa, keupayaan menggunakan minda menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud ataupun abstrak. Imaginasi juga dapat diertikan sebagai simbolik pemikiran kanak-kanak.
Imaginasi positif merupakan galakan kepada seseorang untuk mendorong seseorang kanak-kanak itu menjadikan sesuatu yang yang biasa tergambar dalam pemikiran mereka kepada suatu yang lebih realiti. Paling mudah, jika kanak-kanak itu berimaginasi kononnya menjadi juruterbang, mungkin kanak-kanak ini juga berupaya berimaginasi untuk melakukan perkara itu. Mereka juga berimaginasi seperti seorang juruterbang yang sedang mengendalikan pesawat. Imaginasi positif daripada ini, mungkin juga mengarah kepada perlakuan untuk membentuk pesawat menggunakan benda-benda di sekeliling mereka seperti penyepit baju, batang ais krim dan sebagainya. Imaginasi positif membawa perubahan yang baik dalam pemikiran seseorang kanak-kanak.
Imaginasi negatif pula akan mengarah kepada sesuatu tindakan atau tingkah laku yang mungkin memberikan kesan yang buruk. Misalnya, jika kanak-kanak itu terlalu taksub dengan cereka-cereka kartun kegemaran mereka, maka kesan ini juga akan membawa kepada suatu kesan yang negatif. Kononya dalam pemikiran mereka jika memakai sut Superman seperti dalam watak kartun itu, mereka boleh terbang. Kegagalan mereka berimaginasi dalam bentuk yang positif ini akan mendatangkan suatu di luar bidang pemikiran kita.Ini akan mendatangkan suatu kejadian yang amat mengerikan di mana ada kanak-kanak yang melakukan aksi seperti itu.
Jelasnya, imaginasi positif dan imaginasi negatif memberikan impak yang berbeza di mana imaginasi positif dapat meningkatkan pemikiran yang lebih realistik dan lebih bermakna dalam pembangunan pemikiran seseorang kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak perlu diberi bimbingan agar mereka dapat membezakan pemikiran imaginasi mereka. Sekian, terima kasih.
Re : Re : Imaginasi: Kesan positif dan negatif. Bincangkan 24 Apr 2012 12:54:51 AM
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah 18 Apr 2012 01:23:18 AM
Reply To : Aida S Binti Ismail
Attachment : No File Attach
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera,
Ya, saya bersetuju dengan pendapat cikgu,sebagai penambahan daripada saya .Imaginasi boleh dikatakan sebagai daya khayalan atau daya kreatif yang berasaskan khayalan, romantisisme, mempunyai ciri-ciri kehibaan yang lebih emosional serta mementingkan unsur-unsur keindahan dan keseronokan pancaindera. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, daya imaginasi didefinasikan sebagai daya khayal, daya kemampuan menggambarkan (sesuatu) dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan.
Imaginasi di kalangan kanak-kanak terutamanya dalam aktiviti seperti sessi bercerita atau aktiviti permainan imaginasi melakonkan watak dalam cerita yang diperdengarkan akan dapat menggabungkan daya imaginasi kanak-kanak dan kognitif mereka. Selain itu aktiviti ini juga dapat mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir lebih kreatif. Kanak-kanak boleh membina nilai moral yang baik melalui pengalaman imaginasi menerusi cerita yang mereka dengar. Selain itu salah satu cara kanak-kanak berimaginasi ialah melalui aktiviti bermain. Kanak-kanak belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka amat tinggi dan sejak bayi lagi mereka cenderung untuk memanipulasi anggota badan mereka sendiri. Bermain membolehkan kanak-kanak berimaginasi denganaktif dan bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitaran mereka, mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan akan ditentukan sendiri oleh mereka melalui aktiviti permainan mereka secara kreatif. Secara tidak langsung kanak-kanak dapat melakukan inkuiri penemuan dan pembinaan pengalaman langsung secara semulajadi melalui aktiviti berimaginasi dalam permainan. Bermain dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi dan mental kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberi kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa batasan.
Selain itu imaginasi boleh menimbulkan kesan yang negatif. Imaginasi perlu dikawal supaya kanak-kanak tidak bertingkah laku yang keterlaluan mengikut watak yang dimaginasikan contohnya watak menerusi siri kartun atau siri 'super hero' yang mereka tonton menerusi televisyen atau VCD terutamanya yang membabitkan unsur-unsur ganas. Kanak-kanak juga cenderung menjadi individu yang gemar berangan jika daya imaginasi mereka tidak dibimbing oleh orang yang lebih dewasa. Oleh itu sebarang bentuk aktiviti yang berkaitan imaginasi kanak-kanak hendaklah bersesuaian dengan peringkat usia kanak-kanak. Bahan permainan yang digunakan hendaklah dirancang sebaik-baiknya oleh guru-guru di sekolah supaya bahan tersebut dapat menjadi alat imaginasi yang membina nilai positif untuk minda kanak-kanak. Sekian,terima kasih.
Forum 3
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah (D20102043455)
Date posted : 25 Apr 2012 10:03:13 AM
(9 read/s)
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera,
Izinkan saya pula untuk memberi pendapat, Torrance (1989 ) mendefinisikan kreativiti sebagai proses menjadi sensitif kepada masalah, kekurangan dari segi pengetahuan, elemen, harmoni dan sebagainya; mengindentifikasikan masalah, mencari penyelesaian, membuat andaian atau mencipta hipotesis tentang kekurangan, menguji dan menguji semula hipotesis, cuba mengubahnya, menguji lagi dan akhirnya mengkomunikasikan dapatan.
Saya setuju bahawa kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah adalah salah satu asas di dalam di dalam kehidupan kanak-kanak kreatif apabila mereka telah dewasa. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi mereka sepenuhnya kemahiran yang digunakan semasa menyelesaikan sesuatu permasalah. Kanak-kanak yang berimaginasi akan mahir didalam penyelesaian masalah yang dihadapi oleh mereka. Melalui imaginasi juga dapat membantu kanak-kanak untuk menjadi seorang yang lebih kreatif. Walaupun kanak-kanak berimaginasi secara spontan tetapi banyak kajian mendapatikebanyakkan imaginasi mereka datang daripada pemerhatian mereka terhadap orang dewasa contohnya guru-guru, ibubapa, jiran dan sebagainya.Kanak-kanak kreatif melihat permasalahan sebagai hal yang menarik, dan mahu menerima permasalahan tersebut.
Kanak-kanak yang normal biasanya melihat masalah sebagai halangan. Mereka selalu berusaha lari dari permasalahan daripada mencari penyelesaiannya. Kanak-kanak kreatif tidak lari dari permasalahan, tetapi selalu mencari jalan untuk penyelesaian masalah. Kanak-kanak yang berkreatif mempunyai perkembangan kognitif yang lebih sempurna daripada kanak-kanak biasa.Oleh itu mereka dapat mendasarkan pengalaman yang mereka lihat, daya ingatan, imej dan bahan bacaan yang pernah dibacanya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka juga dapat mnggunakan pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah. Sekian,terima kasih.
Re : Forum 3 25 Apr 2012 10:16:02 AM
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah 24 Apr 2012 06:47:35 PM
Reply To : Jamal Izani Bt. Sidek
Attachment : No File Attach
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera,
Saya amat bersetuju dengan pendapat cikgu,kanak-kanak dan kreativiti tidak dapat dipisahkan. Pendapat saya pula, pemikiran kreatif kanak-kanak dalam aktiviti seni merupakan satu pemikiran yang berupaya untuk merangsang kanak-kanak menghasilkan idea baru serta menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang proses aktivti seni secara kreatif. Oleh sedemikian, tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah. Daripada Teori Six Thinking Hats, saya dapat membuat kesimpulannya bahawa seseorang yang kreatif pandai mengurus emosi.
Memandangkan kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah, terdapat banyak teori yang berkaitan dengan cara bagaimana mencungkil daya kreativiti kanak-kanak. Misalnya, Teori Multiple Craetive Talent yang diperkenalkan oleh Galvin W Taylor yang menfokuskan cara-cara guru dapat merangsangkan pemikiran kanak-kanak menerusi kreativiti bersifat ekspresif, kreativiti bersifat penghasilan, kreativiti bersifat inovatif, kreativiti bersifat inventif dan kreativiti bersifat emergen.
Selain itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) juga berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif , yang bermatlamat menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menangani pelbagai masalah dan cabaran kehidupan masa kini dan masa depan. Sekian,terima kasih.
Re : Forum 3 25 Apr 2012 10:37:55 AM
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah 19 Apr 2012 03:01:57 PM
Reply To : Aida S Binti Ismail
Attachment : No File Attach
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera,
Ya, memang benar apa yang diperkatakan oleh cikgu. Sedikit penambahan daripada saya.Kreativiti dibangunkan dikalangan murid-murid sejak peringkat awal persekolahan. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka tahu potensi dan kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka. Kreativiti membolehkan murid meneroka bidang dan inovasi baru. Murid akan menyelesaikan masalah dan membiasakan minda mencari jawapan terhadap sesuatu persoalan. Murid yang mampu menyelesaikan masalah akan mencerna idea kreatif dan menyelesaikan tugasan dengan lebih lancar. Dengan ini kanak-kanak akan menilai kualiti kerja untuk membuah penambahbaikan. Di samping itu, kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah akan mengerahkan pemikiran bercapah, tahap penaakulan yang tinggi, imaginasi dan inovasi. Ini jelas akan mengupayakan pemikiran kreatif mereka. Selain itu, kanak-kanak ini akan menyerlahkan personaliti individu yang genuine.
Kita perlu sedar bahawa usaha Kementerian Pelajaran Malaysia membangunkan kreativiti di kalangan murid bermula dengan Kemahiran Berfikir secara kritis dan Kreatif yang menjadi pemangkin kepada potensi dan bakat murid dalam menyelesaikan masalah.Ini amat jelas apabila seseorang murid pandai menyelesaikan masalah bermakna dia mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan meningkatkan corak pemikiran sedia ada. Sekian, terima kasih.
Re : Re : forum 3 25 Apr 2012 10:48:23 AM
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah 24 Apr 2012 11:52:42 PM
Reply To : Syarifah Sabarina Bt Said Ali Batu Shah
Attachment : No File Attach
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera,
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,kanak-kanak kreatif dapat menyelesaikan masalah tanpa bantuan guru. Pendapat saya pula ialah,kreatif juga merupakan keupayaan seseorang untuk mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.Perkins (1985) berpendapat pemikiran kreatif adalah pemikiran yang dicorakkan untuk menghasilkan keputusan atau hasil kreatif. Oleh itu kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah. Menurut beliau, prinsip umum yang dapat menyumbang kepada hasil kreatif daripada pemikir yang kreatif adalah:
• Pemikir kreatif banyak melibatkan nilai estetika dan praktikal iaitu usaha mendapatkan sesuatu yang asli.
• Pemikir kreatif sentiasa menuju ke arah untuk mendapatkan tujuan dan hasil. Ia memerlukan penerokaan matlamat, pendekatan alternatif, menilai secara kritis, memahami masalah dan menyelesaikannya serta melakukan pendekatan pengubahsuaian.
• Pemikir kreatif menjadikan sesuatu masalah lebih abstrak atau konkrit dan menggunakan analogi dalam menyelesaikan masalah.
• Pemikir Kreatif akan sentiasa menimbangkan pelbagai pandangan menilai hasil , menghadapi kritikan dan berasaskan idea yang praktikal
• Pemikir kreatif lebih bergantung kepada motivasi instrinsik, iaitu membuat sesuatu berdasarkan kemampuan sendiri.
Sekian,terima kasih.
Re : Re : Re : Forum 3 25 Apr 2012 11:02:48 AM
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah 24 Apr 2012 07:02:12 PM
Reply To : Jamal Izani Bt. Sidek
Attachment : No File Attach
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera,
Saya setuju dengan pendapat cikgu,kreativiti kanak-kanak dapat dikembangkan cecara praktikal. kreativiti adalah menggunakan imaginasi untuk sampai ke satu penyelesaian masalah, cabaran, soalan atau tugasan yang asli Kreativiti dalam kalangan murid perlu dibangunkan. Antara kepentingan kreativiti adalah untuk :
a) Menggalakkan murid meneroka bidang dan teknologi baru. b) Mencerna idea untuk menghasilkan penulisan bagi menyelesaikan tugasan dengan lebih lancar. c) Mengerahkan pemikiran bercapah dan ' Think out of the box '. d) Mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan, imaginasi dan visualisasi.
Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa sememangnya kanak-kanak yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi atau kreatif akan pandai menyelesaikan masalah yang timbul. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk berfikir di luar kotak dan kebiasaan insan lain berfikir. Daya imaginasi yang tinggi yang ada dalam diri sudah pasti memberikan idea baru untuk mencari jalan penyelesaian. Murid- murid yang kreatif biasanya tidak akan mudah mengalah. Mereka boleh menggambarkan sesuatu masalah yang ada dengan gambarajah, lakaran atau pun cerita di persekitaran untuk mencari jawapan kepada masalah yang diperolehi.Sekian,terima kasih.
Forum 4
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah (D20102043455)
Date posted : 25 Apr 2012 04:07:56 PM
(15 read/s)
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera,
Ini pula pandangan saya, Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Beliau menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu :
1. Kelancaran secara spontan serta pantas
2. Fleksibel, mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi
3. Keaslian mencari idea baru dan asli kepekaan
3.Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses pengamatan dan merekod.
Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sekian,terima kasih.
Re : Bagaimana kreativiti kanak-kanak boleh dinilai dan digredkan? 25 Apr 2012 04:11:58 PM
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah 25 Apr 2012 01:49:23 AM
Reply To : Norimah Binti Abd Kadir
Attachment : No File Attach
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera,
Penilaian dan penggredan terhadap kreativiti kanak-kanak dapat dilaksanakan oleh para guru sebagai pendidik, di samping itu, penilaian secara langsung juga dapat dilakukan oleh para ibu bapa dan ahli keluarga yang paling dekat dengan kanak-kanak tersebut.
Dalam melaksanakan penilaian dan seterusnya membuat penggredan biasa dilakukan merangkumi pendekatan seperti melalui pemerhatian, hasil atau mutu kerja serta melalui penceritaan. Di sini, sebagai penilai yang berdaya kreatif semestinya ada mempunyai rekod anekdot, senarai semak, skala kadar dan carta penyertaan untuk mengetahui perkembangan penglibatan dan kemajuan kanak-kanak dalam mengembangkan kreativiti mereka sendiri. Rekod-rekod tersebut sangat penting untuk membolehkan kita menjalankan penilaian secara berterusan dan dapat didokumentasikan.
Jika kita merujuk kepada seni kreatif murid dalam seni lukisan, kita sudah pasti dapat membuat penggredan dan membuat perbandingan antara murid melalui hasil kerja seni kanak-kanak seperti lukisan, kraf mudah atau hasil kerja lain yang boleh direkodkan secara sistematik dan beretika.
Merujuk kepada penilaian seni tersebut tidak hanya berlaku dalam seni lukisan sahaja, malah penilaian seni amat luas yang boleh juga merujuk kepada aktiviti seni persembahan seperti muzik, drama, tarian dan pengerakan kreatif. Kreativiti yang pelbagai di kalangan kanak-kanak memang dapat digredkan. Di sekolah-sekolah, kreativiti tersebut dinilai melalui pertandingan yang dijalankan sama ada antara kelas, mahupun antara sekolah di mana penggredan dapat diadili oleh para juri yang telah dilantik untuk membuat penilaian dan menggredkan yang terbaik hasil kreativiti pada masa itu.
Dengan adanya penilaian dan pengredan tersebut, ianya dapat meningkatkan ransangan positif di kalangan kanak-kanak untuk terus mengembangkan kreativiti mereka secara bijak.
Sekian, terima kasih.
Re : Re : Forum 4 25 Apr 2012 04:28:39 PM
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah 25 Apr 2012 02:20:51 AM
Reply To : Norimah Binti Abd Kadir
Attachment : No File Attach
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera,
Ya, saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Sedikit penambahan daripada saya,perkembangan kreativiti kanak-kanak boleh dinilai dan digreadkan melalui penilaian dalam seni visual, drama, tarian, nyanyian dan persembahan lakonan. Penilaiannya boleh dinilai dan digredkan melalui kaedah pemerhatian yang dilakukan semasa menilai proses penghasilan kerja seni kanak-kanak. Hasil kerja seni boleh mengambil kira dari aspek kebolehan dan penyertaan kanak-kanak dalam seni. Pemerhatian boleh dijalankan semasa kanak-kanak menyertai aktiviti secara individu atau kumpulan. Melalui pemerhatian, kita akan dapat melihat perkembangan kreativiti dan imaginasi seseorang kanak-kanak. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang berumur 4 tahun ingin menggunakan ton warna yang berbeza untuk menghasilkan gambar lukisannya. Daripada sini, guru boleh memerhatikan cara kanak-kanak mengumpulkan ton warna yang berkaitan dan keserasian kumpulan ton warna tersebut dan kesesuaian warna yang digunakan pada gambar lukisan yang hendak dihasilkan. Semasa pemerhatian dijalankan, guru harus menggunakan senarai semak untuk mengenalpasti item-item yang hendak dinilai agar kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dapat dikenalpasti.
Hasil kerja Seni menggambarkan realistik perkembangan kreativiti dan artistik kanak-kanak. Daripada contoh tadi, penilaian boleh diberikan melalui kehalusan semasa mewarna dan padanan ton warna terhadap lukisan yang diwarnakan. Daripada hasil kerjanya, guru juga dapat menilai kekemasan mewarna yang melibatkan motor halus seorang kanak-kanak yang berumur 4 tahun.
Kaedah bercerita hasil kerja dapat membantu guru memahami perasaan dan mesej yang ingin disampaikan oleh kanak-kanak. Guru perlu menilai semula lukisan kanak-kanak setelah kanak-kanak menyampaikan cerita mereka. Selepas penilaian dijalankan, guru perlu merekodkan penilaian tersebut dalam rekod anekdot untuk tujuan menilai dan mengetahui perkembangan kreativiti dan artistik kanak-kanak dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.
Re : Re : forum 4 25 Apr 2012 04:38:17 PM
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah 25 Apr 2012 02:31:56 AM
Reply To : Norimah Binti Abd Kadir
Attachment : No File Attach
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera.
Pada masa kini terdapat pertandingan bercerita secara kreatif berpandukan gambar. Murid akan diberikan gambar bersiri pada hari pertandingan. Mereka mempunyai masa 20 minit untuk merangka jalan ceritanya. Selepas itu, dia perlu menunggu gilirannya untuk bercerita selama 5 minit. Di atas pentas, murid dibenarkan menengok gambar yang dipaparkan melalui LCD tetapi tidak boleh menggunakan kertas. Tujuan pertandingan bercerita secara kreativiti ialah mengembangkan kreativiti dan daya imaginasi murid.
Cara untuk menentukan pemenang ialah menilai kreatif asal cerita iaitu murid tidak mengikut jalan cerita asal dan dapat menggunakan daya imaginasinya mencipta sebuah cerita yang padat, kreatif dan unsur baru. Kedua, menilai gaya persembahan murid di atas pentas, adakah gaya murid itu berpadan dengan ceritanya. Gerak geri tangannya, pergerakkan badan. Selain itu memek muka juga diambil kira, cerita sedih perlu muka sedih, cerita gembira perlu muka gembira dan lain-lain. Ketiga, menilai kelancaran persembahan. Murid harus dapat mempersembahkan cerita sekaligus tidak boleh terhenti-henti. Keempat ialah kelantangan suara, murid perlu bercerita dengan menyebut perkataan dengan jelas, intonasi tinggi rendah mengikut isi dan sebagainya. Sekian terima kasih.
Re : Re : Re : Forum 4 25 Apr 2012 04:48:32 PM
Posted By : Fakhrul Anwar B. Abdullah 24 Apr 2012 08:03:11 PM
Reply To : Jamal Izani Bt. Sidek
Attachment : No File Attach
Assalaimualaikum dan selamat sejahtera,
Pada pandangan saya, kanak-kanak boleh dinilai dan digredkan melalui beberapa kaedah. Antaranya ialah:Penilaian Melalui Pemerhatian.Melalui pemerhatian guru boleh mengenalpasti sejauhmana kreativiti seseorang murid itu terhadap setiap aktiviti yang dijalankan.Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang tahap kreativiti murid SeterusnyaPenilaian Melalui Pembelajaran.Ketika pembelajaran dijalankan, guru boleh menilai kepelbagaian kreativiti murid. Guru boleh mengatur rancangan pengajaran yang lebih berkesan jika dapat mengenalpasti tahap kreativiti murid.Selain itu Penilaian Melalui Soal Jawab.Soal jawab terhadap murid juga dapat mengesan kreativiti murid. Guru perlu merekodkan setiap soalan yang dikemukakan dan jawapan yang diterima.Akhir sekali Penilaian Melalui Projek Melalui projek yang dijalankan, guru boleh menilai dan mengredkan tahap kreativiti murid. Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)