Teknik ini pula menekankan kepada usaha meluaskan ayat-ayat.Ia merupakan langkah-langkah penyampaian yang meminta guru-guru menunjukkan bagaimana ayat-ayat itu dapat diperluaskan unsur-unsur gatranya.Dengan memperlihatkan cara ayat-ayat itu dibina melalui peluasan gatranya.Pelajar-pelajar sentiasa dibantu untuk mengenal kemungkinan-kemungkinan struktur-struktur ayat Bahasa Melayu di samping dapat pula mempelajari dan mengenali panjang pendek ayat-ayat melalui bentuk-bentuk rangkai kata.Melalui teknik ini,guru tidak digalakkan memberi penerangan atau membuat perbandingan,tetapi menumpukan perhatian pelajar-pelajar terhadap beberapa cara ayat-ayat itu boleh diperluaskan menjadi bentuk-bentuk yang lebih besar.
Latihan-latihan tertentu hendaklah diberi dengan tujuan untuk menguji kefahaman murid-murid tentang aspek yang diajar itu.Latihan-latihan boleh berupa latihan lisan atau bertulis dan di antara bentuk-bentuk latihan yang diberi boleh berbentuk membuat ayat pola yang sama dengan menggunakan perkataan nama tertentu yang diberi sebagai unsur predikatnya.Pelajar-pelajar dikehendaki kemudiannya memperkemaskan ayat-ayat yang diberinya itu dengan menambah perkataan tertentu yang sesuai kepada nama predikat itu..Latihan lain yang sesuai boleh juga difikirkan oleh guru yang mengajar asalkan tujuan menguji kefahaman murid-murid terhadap aspek yang diajarkan itu dapat dicapai.
TEKNIK ANALISIS
Teknik analisis merupakan langkah-langkah penyampaian tatabahasa yang berdasarkan pencerakinan.Melalui teknik ini,guru memecah-mecahkan ayat-ayat yang diberi kepada unsur-unsur binaanya,iaitu subjek dan predikat itu dipecah-pecahkan pula kepada unsur-unsur yang lebih kecil yang membinanya.Pada mula-mula pengajaran,guru akan menunjukkan cara-cara pemecahan itu dilakukan.Kemudian latihan akan diberi,dan murid-murid diminta memecahkannya sendiri.Ini dapat dilakukan melalui proses bersoaljawab yang melibatkan guru dan murid-murid.Guru sebaik-baiknya menuliskan di papan tulis contoh-contoh analisis ayat yang betul yang diberi oleh murid-murid.Ini bertujuan membolehkan pelajar-pelajar lain mempelajari binaan ayat dengan lebih jelas lagi.Biasanya,contoh-contoh analisis yang betul yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sendiri boleh mengukuhkan lagi ingatan dan pemahaman mereka.Guru hanya membimbing dan membetulkan kesalahan-kesalahan yang mungkin wujud.
Dalam pengajaran ayat-ayat dengan menggunakan teknik ini dan kaedah ini,guru dikehendaki mendedahkan beberapa ayat yang telah dicerakinkan kemungkinan binaannya itu kepada pelajar-pelajar bagi diteliti di dalam bilik darjah.Tiap-tiap ayat yang dipecah-pecahkan bahagian binaannya itu akan lebih jelas lagi jika dapat ditunjukkan dalam bentuk rajah pohon yang menerangkan bagaimana bahagian-bahagian tertentu membentuk ayat-ayat tertentu pula.Guru pula sebaik-baiknya membangkitkan kegiatan-kegiatan yang berbentuk latihan-latihan menyebut ayat-ayat yang diajarkan bahagian-bahagian binaannya itu menurut sebutannya yang betul,perbincangan mengenai kedudukan dan kejadian ayat-ayat menurut binaan unsur-unsurnya itu dan sebagainya.Dengan cara ini pelajar-pelajar dijangka akan memahami bahagian-bahagian pecahan serta kedudukan unsur binaan ayat-ayat itu sendiri.
No comments:
Post a Comment