Monday 26 September 2011

Merdeka Raya

     Tanggal 23 September 2011, satu majlis yang sungguh istimewa telah berlangsung di SK Tasik Damai,Ipoh. Sambutan hari raya aidilfitri diadakan serentak dengan perasmian penutup bulan kemerdekaan.Walaupun majlis yang diadakan secara sederhana tetapi kemeriahannya amat sukar digambarkan dengan kata-kata.Wajah-wajah ceria anak didik, wajah-wajah tampan guru lelaki dan wajah-wajah jelita guru wanita begitu terserlah.Mereka semuanya bergembira menyambut hari raya aidilfitri bersama-sama dengan kawan-kawan.Majlis bermula seawal 7.30 pagi, apabila semua murid berkumpul di dataran perhimpunan untuk menyanyikan lagu negaraku,lagu negeri perak dan seterusnya melihat persembahan mendeklamasikan sajak oleh murid-murid tahun lima dan tahun enam.Semua murid sesi pagi terlibat dengan perarakan sambil mengibarkan jalur gemilang.Sebaik sahaja selesai acara penutup bulan kemerdekaan,murid-murid berkumpul di dewan terbuka untuk meneruskan majlis sambutan hari raya aidilfitri.Berbagai juadah telah dihidangkan antaranya lemang,rendang daging,rendang ayam,nasi kerabu,sate,nasi himpit,laksa,kuih-muih dan banyak lagi.Terasa begitu cepat masa berlalu,tepat jam 12.00 tengah hari majlis tamat dan bersurai.

Tuesday 20 September 2011

Salam perkenalan.

 Terlebih dahulu saya panjatkan beribu kesyukuran kerana dapat melajutkan pelajaran di UPSI.Setelah beberapa kali mencuba untuk melamar melanjutkan pelajaran di universiti.Akhirnya lamaran saya diterima oleh UPSI.Pada peringkat permulaan terasa susah juga untuk menguruskan masa untuk belajar,bekerja,dan untuk keluarga.Namun, demi sebuah impian untuk mengengam segulung ijazah semangat perlu dikuatkan dan usaha perlu dilakukan untuk mencapai sesuatu yang dihajati.Benar, kata orang kalau kita hendakkan sesuatu kita perlu berkorban.Saya juga perlu berkorban untuk mencapai hajat saya.Saya mohon kehadrat Ilahi agar diberi kekuatan untuk menempuh segala halangan dan ranjau yang mendatang.