Wednesday 2 November 2011

Beberapa Teknik Pengajaran Tatabahasa

Di antara teknik-teknik yang disarankan ialah:

(a). Teknik penerangan
(b) Teknik keperihalan
(c) Teknik perbandingan
(d) Teknik binaan
(e) Teknik analisis

TEKNIK PENERANGAN

Teknik penerangan merupakan langkah-langkah dan cara penyampaian yang meminta guru-guru memberikan penerangan,iaitu keterangan-keterangan secara lisan tentang aspek-aspek tatabahasa yang akan dipelajari itu.Semasa keterangan-keterangan itu disampaikan,pelajar-pelajar hanya mendengar sambil cuba memahamkannya secara berkesan.
     Menurut teknik ini,penerangan hendaklah dibuat selengkap-lengkapnya.Sebaik-baiknya,guru dapat menyertakan contoh-contoh yang praktikal dan konkrit.Penerangan hendaklah juga diikuti dengan latihan-latihan tertentu.Ini membolehkan guru mengesan sejauh manakah pelajar-pelajarnya telah dapat memahami pelajaran yang disampaikan.Latihan-latihan ini boleh terdiri daripada latihan lisan atau latihan bertulis.Walau bagaimanapun,latihan bertulis perlu diberi untuk membolehkan pelajar-pelajar mengulangi dan mengamati kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan dan dapat membetulkannya sendiri.

TEKNIK KEPERIHALAN

Teknik ini biasanya menugaskan guru menyediakan sebuah karangan bertulis yang mengandungi ayat-ayat daripada berbagai-bagai bentuk dan jenisnya,menurut pola-pola tertentu.Menurut Arbak Othman (1985:99)tujuannya ialah supaya kepelbagaian atau keseluruhan ayat-ayat yang bercampur di dalam karangan yang telah disusun menurut kesesuaiannya itu dapat memperlihatkan perbezaan keperihalan pemakaian perkataan-perkataan yang diajarkan.
     Biasanya,berdasarkan karangan yang disediakan itu, pelajar-pelajar dikehendaki meneliti cara-cara perkataan-perkataan bergaris itu di gunakan dalam keperihalan-keperihalan tertentu.Pada akhir pengajaran,pelajar dikehendaki menggunakan beberapa perkataan tertentu dalam ayat-ayat atau menggunakannya dalm karangan yang telah ditentukan.
     Teknik ini boleh digunakan untuk mengajarkan imbuhan-imbuhan  tertentu sama ada imbuhan kata kerja yang hadir dalam ayat-ayat dengan predikat kerja atau imbuhan nama yang hadir melalui perkataan-perkataan terbitannya.Mungkin ia berupa subjek,pencukup,predikat kerja atau sebagai penyambut dalam ayat-ayat.
     Dalam konteks pengajaran tatabahasa di sekolah-sekolah,teknik ini sesuai sekali digunakan,terutama untuk pengajaran ayat-ayat pada semua tingkatan.Ini bergantung kepada tahap penguasaan bahasa pelajar-pelajar dan teks yang digunakan.


TEKNIK PERBANDINGAN

Teknik perbandingan merupakan satu cara mengajarkan tatabahasa yang dilakukan melalui perbandingan.Guru memberi ayat-ayat yang sama polanya,tetapi mengandungi perkataan-perkataan yang diterbitkan oleh dua atau lebih bentuk imbuhan.Pelajar-pelajar akan membuat perbandingan,tentang pemakaian perkataan-perkataan itu dalam pola-pola yang sama.

No comments:

Post a Comment