Tuesday 1 November 2011

Pengajaran Tatabahasa

Pengajaran tatabahasa termasuk ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Tujuan pengajaran tatabahasa itu adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar.
a.mengesan kelainan makna kata yang imbuhannya berbeza-beza.
b.menggunakan dengan tepat dan berkesan perkataan berimbuhan dalam kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis.
c.menggunakan golongan kata dalam pelbagai situasi.
d.membina ayat-ayat dan perenggan dalam pelbagai situasi dengan tepat,jelas dan indah.

Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksi.Namun begitu,aspek-aspek sebutan,intonasi dan semantik perlu juga ditekankan dalam kecekapan berbahasa.Sehubungan dengan itu,dalam merancang pengajaran dan pembelajaran tatabahasa guru perlu menekankan prinsip-prinsip berikut;
a.menitikberatkan makna dan penggunaan dalam konteks.
b.daripada yang mudah kepada yang sukar.
c.tidak menghafaz rumus tatabahasa.
d.bertitiktolak daripada bahan rangsangan.

Di samping itu,unsur tatabahasa yang menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar perlu diberi perhatian.Dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa,guru perlu memberikn contoh-contoh dan latihan-latihan yang dapat menunjukkan penggunaan yang tepat dan bermakna.Pengajaran tatabahasa di sekolah-sekolah,seperti yang disarankan oleh KBSM dan KBSR hendaklah diajarkan secara tidak langsung.Ini bermakna,unsur-unsur tatabahasa yang hendak diajarkan itu akan dimasukkan ke dalam pengajaran aspek-aspek bahasa itu.Sewaktu guru-guru menyampaikan pelajaran tersebut,umpamanya pelajaran lisan,atau pelajaran bacaan dan kefahaman atau pelajaran karangan.Guru akan mengambil masa beberapa minit untuk membincangkan unsur-unsur tatabahasa itu.Guru akan menitikberatkan makna dan penggunaanya dalam konteks.Pengajaran tatabahasa,seperti ini sebenarnya memang sesuai,terutama apabila ia dilaksanakan di kalangan murid-murid peringkat rendah.

Menurut Arbak Othman (1985:19).pengajaran tatabahasa sebaik-baiknya dikendalikan untuk memahamkn para pelajar akan perkara-perkara berikut;
a. bentuk unsur-unsur tatabahasa
b. fungsi unsur-unsur tertentu tatabahasa
c. makna tatabahasa unsur-unsur tatabahasa
d. pola-pola sebutan aspek tertentu tatabahasa

Beliau juga telah mengemukakan beberapa teknik mengajarkan tatabahasa yang dianggap sesuai untuk kegunaan yang praktis di sekolah-sekolah.Di antara teknik-teknik yang disarankan ialah:
a.Teknik penerangan
b.Teknik keperihalan
c.Teknik perbandingan
d.Teknik binaan
e.Teknik analisis

No comments:

Post a Comment