Thursday 5 July 2012

KRT 3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH Nama:Fakhrul Anwar bin Abdullah No.Matrik:D20102043455 Kumpulan : EL-A20 Pensyarah : Cik Asmara bt. Alias Soalan B : 1) Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah. Mengikut kamus Oxford (1969) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi untuk memberi pendidikan kepada para pelajar. Ia berlaku di mana ada masa dan ruang yang ditetapkan untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi adalah penting dalam proses penyampaian mesej, sama ada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996). Sekiranya terdapat masalah pengajaran di bilik darjah, maka dikatakan mesej gagal disampaikan ataupun objektif pengajaran yang ditentukan tidak dapat dicapai. Oleh itu, terdapat beberapa masalah pengajaran yang boleh dikenalpasti. i) Pengurusan bilik darjah yang lemah Keadaan bilik darjah yang tersusun membantu guru mengajar beberapa waktu pembelajaran dalam masa beberapa jam. Susunan bilik darjah yang gagal boleh dilihat melalui beberapa perkara penting iaitu tempat lalu lintas di dalam bilik darjah terhalang atau sesak. Yang kedua ialah sesetengah murid tidak dapat dilihat oleh guru. Ini menyusahkan guru itu memerhatikan segala gerak geli murid di dalam kelas. Guru juga tidak dapat mengetahui sama ada murid masih seronok mengikuti aktiviti yagn diberikan atau tidak melalui memek muka mereka. Yang ketiga ialah murid-murid tidak dapat melihat dan mendengar pengajaran guru dengan baik. Sekiranya murid tidak dapat melihat pada cikgu, maka mereka mudah mengalihkan pemfokusan mereka ke tempat lain. Yang keempat ialah guru tidak mempunyai ruang dan tempat yang sesuai untuk berdiri ketika mengajar. Ruang dan tempat yang agak sesak akan menganggu pengajaran guru pada hari itu. Yang kelima ialah bahan pengajaran untuk guru dan murid mestilah sukar didapati. Yang keenam ialah gagal menyediakan papan buletin untuk mempamerkan hasil kerja murid dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Yang ketujuh ialah penggunaan ruang iaitu perabot dan alatan tidak disusun dengan teratur. Objektif pengajaran dikatakan tidak akan tercapai boleh disebabkan oleh masalah pengurusan bilik darjah seperti yang dinyatakan tadi. ii) Set induksi yang lemah Set induksi merupakan langkah permulaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuannya adalah untuk menghasilkan aliran pemikiran dan merangsang minat murid agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku. Biasanya masa yang digunakan hanya 5 minit sahaja dan teknik menyoal, mengejut, gambar, bunyi, isu semasa akan digunakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan guru tidak mengamalkan set induksi semasa mereka mengajar di dalam kelas. Apabila cikgu masuk ke dalam kelas, murid-murid akan terus disuruh membuka buku teks. Situasi ini akan membosankan murid-murid, maka dikatakan murid-murid akan cepat lupa segala maklumat yang diajar oleh cikgu. Ingatlah satu perkara iaitu guru yang berkesan tidak membosankan. iii) Kegagalan guru menghaslkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Persediaan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Persediaan yang merangkum pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid. Ada kalanya murid tidak member perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, perlatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap. iv) Tingkah laku murid yang negatif Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif.Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula yang biasanya dapat dilihat di dalam bilik darjah murid-murid kurang melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Mereka tidak berminat dengan apa yang disampaikan oleh cikgu. Maka hasil pembelajaran tidak dapat dikesan dengan baik. Ada pula mereka sengaja memanjangkan masa membuat tugasan , mengelak untuk membuat tugasan, tidak memberi perhatian kepada cikgu dan sengaja melanggar peraturan ketika sesuatu aktiviti dijalankan. v) Iklim di dalam bilik darjah kurang memuaskan Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar; pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan yang mesra dan sempurna. Iklim bilik darjah yang terbuka seperti ini merupakan iklim bilik darjah yang kondusif, dan iklim positif ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya, seperti membentuk pelajar dengan sikap dedikasi, berinisiatif, rela bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif, serta lebih tinggi motivasinya. Hubungan guru dengan pelajar adalah faktor utama yang membentuk iklim pembelajaran di bilik darjah. Sekiranya Bagaimanapun, iklim pembelajaran di bilik darjah hanya dikaji daripada perspektif pelajar sahaja. Dalam hal ini, iklim pembelajaran di bilik darjah ditafsirkan sebagai persekitaran pembelajaran yang dicerminkan oleh penglibatan pelajar berprestasi rendah terhadap pembelajaran, bilik darjah, pengajaran, layanan guru dan jangkaan guru terhadap mereka. Menurut Gollnick dan Chin (1990), walaupun guru cuba sedaya mungkin untuk melayan semua pelajar secara adil, tetapi sikap dan tingkah laku mereka terhadap pelajar banyak dipengaruhi oleh proses pembudayaan yang dilalui oleh guru tersebut. Proses ini mempengaruhi jangkaan mereka terhadap seseorang pelajar hinggakan layanan yang diberikan kepada pelajar itu yang kadangkala menjadi berat sebelah. Jangkaan guru yang negatif terhadap pelajar biasanya menghasilkan pelajar yang juga negatif sikapnya terhadap pembelajaran. Mereka menjadi tidak lagi berminat untuk belajar. vi) Kemahiran mengawal kelas yang lemah Kemahiran mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi penting kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan sekiranya muird-murid dalam kelas berkenaan tidak dapat dikawal dengan baik. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi harus ingat bahawa bukan semua murid menjadi punca permasalahan tetapi jika tiada pengawalan yang baik, jumlah murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran . Strategi bagi mengawal keadaan ini, guru mengenalpasti murid-murid yang menimbulkan punca permasalahan, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’ dengan permasalahan rakan mereka itu, murid yang berkenaan dikenalpastikan pula punca yang menyebabkan ia bertindak sedemikian, cuba membantu menyelesaikan punca permasalahan itu, dan teruskan aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid yang berkenaan sehingga ia merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang tidak disenangi guru. Guru juga sentiasa mempamerkan pengiktirafan terhadap murid berkenaan ketika berada di luar waktu pengajaran dan pembelajaran, ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan pedekatan yang berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan tetapi pengajaran. Sekiranya perlu murid berkenaan diberikan nasihat, teguran dan kata-kata motivasi yang menggambarkan bahawa guru menyayanginya. Apabila berlaku perubahan ke arah kebaikan, berilah pengiktirafan dan penghargaan terima kasih. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai mereka yang kadangkala mengambil masa yang agak lama. Penutup: Pengurusan bilik darjah yang baik tidak berlaku tanpa perancangan. Pengajaran akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak menyenangkan. Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi). Guru adalah segala-galanya. Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif. 2) Bagaimanakah teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah seperti yang disebut dalam 1. Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah seperti berikut: i) Pengajaran Diuruskan Komputer ( Computer Managed Instruction, CMI ) Pengajaran Diuruskan Komputer ( CMI ) berperanan membantu proses pengurusan dalam bilik darjah.Ia melibatkan interaksi antara pelajar, guru, komputer dan bahan-bahan sumber pendidikanyang lain.CMI digunakan dalam membimbing pelajar dalam kurikulum melalui satu haluan pembelajaran yang ditetapkan oleh guru, menyimpan rekod-rekod kemajuan pelajar untuk digunakan dalam proses penilaian kelak serta untuk menilai keberkesanan sumber-sumber pendidikan.Terdapat tiga bidang utama CMI iaitu pengurusan rekod pelajar, pengurusan komunikasi dan pengurusan proses pembelajaran. Dalam CMI, pelajar biasanya berinteraksi secara terus dengan bahan yang sedia ada dan hanya sebahagian daripada masanya pula mereka berinteraksi dengan komputer,Selain itu,beberapa bahan lain turut digunakan seperti teks terancang, alat pandang dengar, bahan kursus,buku dan risalah.CMI mempunyai kelebihan dimana ia boleh direka untuk menyoal pelajar dalam bentuk kuiz dan ujian objektif dalam menilai penguasaan pelajar terhadap subjek. Di antara bahagian yang agak rumit dalam pembangunan CMI ialah merekabentuk dan menyenggara sistem CMI.Walaupun tugas ini sukar dan memakan masa, ia boleh dilaksanakan menggunakan perisian pemprosesan kata, hamparan elektronik dan pangkalan data. ii) Pengurusan Proses Pembelajaran Dalam CMI, pelajar akan mendapat tugasan melalui komputer dan membuat aktiviti yang dicadangkan melalui komputer atau bahan lain.Kuiz atau ujian pula akan diberikan setelah selesai tugasantersebut bagi menilai tahap pengusaan pelajar. Sistem pengurusan rekod direka khas bagi meringankan tugas rutin guru.Manakala sistem pengurusan komunikasi akan memberi kemudahan kepada guru,pelajar dan pentadbir saling berhubung antara satu sama lain. iii)Pengurusan Rekod Pelajar Pengurusan rekod pelajar diperlukan oleh guru bagi menyimpan rekod pelajar seperti markah ujian yang telah diberikan kepada pelajar.Ianya perlu bagi menjana laporan kemajuan pelajar untuk guru dan ibu bapa, menyenaraikan objektif yang telah dicapai oleh pelajar dalam tempoh tertentu dan rekod iv)Penjanaan Tabung Soalan CMI memberi kemudahan kepada guru untuk menghasilkan kertas peperiksaan berdasarkan tabung soalan yang ada dalam komputer.Kertas peperiksaan yang hendak dihasilkan ini boleh diberikan beberapa parameter kepada komputer bagi memilih soalan yang bersesuaian.Di antara parameter-parameter yang sering dipilih ialah objektif soalan dan tahap kesusahan soalan. v)Komunikasi Mediasi Komputer ( Computer Mediated Communication, CMC ) Komunikasi mediasi komputer melibatkan pengajaran dan pembelajaran secara rangkaian atau hubungan rangkaian. Contohnya guru atau pelajar menggunakan jalur internet untuk berhubung semasa proses pembelajaran berlaku. vi)Multimedia Berasaskan Komputer ( Computer Based Multimedia, CBM ) Sistem-sistem multimedia untuk pendidikan dapat menyampaikan pengajaran secara langsung kepada para pelajar melalui cara berinteraksi dengan mata pelajaran yang telah diprogramkan menggunakan multimedia ke dalam komputer. Multimedia boleh dijadikan salah satu alat bantuan mengajar (ABM) kerana ia membolehkan guru mengurus aktiviti pengajarannya secara teratur dan menarik dengan cara memberi persembahan yang pelbagai menggunakan program-program multimedia yang senang didapati. Contohnya, persembahan pengajaran yang menarik boleh dilakukan menggunakan aplikasi multimedia seperti Authoware, Freehand, Page Maker dan sebagainya kerana ia mengandungi grafik yang menarik yang boleh diaudiokan, divideo, dan dianimasikan secara bijaksana. vii)Kelebihan lain dalam Penggunaan Komputer dalam P&P Penggunaan komputer menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat., pengintegrasian multi media daripada sumber yang pelbagai, keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan dengan luwes dengan kawalan kendiri, memperluaskan capaian dengan pautan kepada sumber yang pelbagai, cara kerja baru dalam komputer akan membangkitkan motivasi kepada pelajar dalam pembelajaran, warna, muzik dan grafik animasi dapat menambahkan kesan realistik dan memerlukan latihan, kegiatan amali, simulasi dan sebagainya. tindak balas peribadi yang cepat dalam kegiatan pembelajaran pelajar akan menghasilkan penguatan yang tinggi, pengawasan pengajaran daripada guru dapat diperluaskan kerana maklumat senang didapati dan mudah diatur dan ia membantu pengawasan yang lebih terhadap pelajar. Penutup Kepesatan teknologi maklumat ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik dan pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan.Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam penggunaan teknologi internet supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju. PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt.kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini.Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi peluang kepada saya untuk menimba ilmu.Tidak lupa juga kepada pensyarah bimbingan Cik Asmara bt. Alias kerana sudi membimbing kumpulan EL-A20.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada isteri,anak-anak,ayahanda dan bonda yang sangat memahami tugas saya.Akhir kata saya memohon maaf atas segala kekurangan yang ada dalam tugasan ini.Sesungguhnya yang baik itu datang dari pemberian Allah dan segala kekurangan dan kelemahan itu datang dari diri saya sendiri.Mudah-mudahan Allah swt yang Maha Pemurah,melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik hidayahNya kepada kita semua,Amin. Bibliografi 1.http://www.wikipedia.org/wiki/teknologi-maklumat 2.http://www.sajadstudio.info/jtp/unit1/teknologi-maklumat 3.http://www.slideshare.net/tm 4.http://www.malaysia.gov.my 5.http://www.registry.usm.my 6.http://www.ptm.ukm.my

No comments:

Post a Comment