Sunday 29 July 2012

SEMANTIK DAN PRAGMANTIK BAHASA MELAYU

1.0 Pendahuluan Perkataan Metafora dikatakan berasal daripada perkataan Greek, iaitu meta bermaksud ’atas’, manakala pherein bermakna ’diangkat’. Oleh itu metafora merujuk kepada satu proses linguistik di mana sesetengah karakteristik sesuatu subjek ’diangkat ke atas’ atau dipindahkan kepada objek yang lain. Oleh yang demikian, objek yang kedua dituturkan atau diaplikasikan seolah-olah ia berada pada kedudukan objek yang pertama. Menurut John Lakoff dan Mark Johnson (1987), umumnya metafora dilihat sebagai satu alat yang menggambarkan imaginasi puitis. Kaya dengan aspek retorikal dan biasanya juga dianggap sebagai suatu bentuk bahasa yang luar biasa. Metafora juga biasanya dilihat sebagai karakteristik bahasa sahaja iaitu sebagai suatu perkataan dan bukannya sebagai alat pemikiran atau perbuatan.Kajian lakoff dan Johnsoan (1980) memberikan impak yang besar terhadap kajian semantik kognitif khususnya metafora. Lakoff dan Johnson (1980) menegaskan bahawa metafora wujud dalam kehidupan seharian manusia melalui bahasa, pemikiran dan tindakan manusia. Jelas mereka, penggunaan metafora didasari oleh skema imej. Dipercayai bahawa orang yang pertama cuba mentakrifkan makna ’metafora’ atau ’istiarah’ ( bahasa Arab) ialah Aristotle iaitu lebih kurang 2,300 tahun dahulu.Dalam karyanya Poetika, Aristotle berkata bahawa ’metafora’ terbentuk apabila sesuatu benda diberi nama ( makna ) yang dimiliki oleh benda lain, Pemindahan (makna). Terdapat tiga ciri metafora dalam takrif Aristotle. Pertama, metafora berlaku di peringkatan perkataan dan tidak di peringkat ayat. Kedua, pada bahagian lain dalam karya yang sama, Aristotle menganggap metafora sebagai ’penyelewengan’ atau ’deviant’ daripada bahasa harfiah. Ketiga metafora dibentuk daripada persamaan antara dua benda. Oleh itu, pada asasnya, melalui metafora manusia cuba melihat sesuatu berdasarkan sesuatu yang lain. 1.1 Definisi Metafora Menurut Lakoff dan Johnson, metafora melambangkan maksud yang berlainan daripada ekspresi yang diujarkan. Menurut Hawkes (1986).’’Metafora ialah suatu cara untuk mendeskripsikan sesuatu dengan mengatakan bahawa terdapat suatu perkara lain yang mempunyai kualiti terhadap sesuatu yang hendak dijelaskan. Menurut Kamus Dewan, ”metafora ialah pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar 1 perkataan yang berkenaan. Ini bermakna sesuatau perkataan itu mempunyai makna lain untuk tujuan tertentu.” Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Pula berpendapat bahawa metafora ialah kiasan yang tidak menggunakan perkataan-perkataan seperti seolah-olah,ibarat,seakan-akan,bak,seperti,laksana,macam,bagai dan umpama. Dalam ayat ”Budak itu lembu”, ’lembu’ ialah metafora.Dalam ayat ”Budak itu bodoh seperti seperti lembu,” ’lembu’ ialah perumpamaan kerana terdapat perkataan perkataan ’seperti sebelum ’lembu’.[1] [1] Abdullah Hassan & Ainon Mohd, kamus Peribahasa Kontemporari, PTS Publisher, Kuala Lumpur. Manakala, menurut Asmah Haji Omar (1996), definisi metafora tidak hanya terbatas sekadar bunga-bunga atau bahasa yang indah tetapi lebih dalam daripada pengertian itu di mana metafora juga menggambarkan sistem konseptual sesuatu bahasa dan kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut. Menurut Asmah Haji Omar (1996), definisi metafora tidak hanya terbatas sekadar bunga-bunga bahasa atau bahasa yang indah,tetapi lebih dalam daripada pengertian itu. Metafora juga menggambarkan sistem konseptual sesuatu bahasa dan kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut. Menurut Kurz yang mengutip Aristoteles, metafora berasal dari sebuah kata yang memiliki konteks. Definisi metafora menurutnya adalah sebagai berikut: Die Metapher ist eine Ubertragung eines Nomens, das zu einer anderen lexikalischen Stelle gehort,(Kurz, 1982:8) Metafora merupakan sebuah bentuk pengalihan nomina yang diperlukan untuk mengisi kedudukan leksikal lainnya. Namun, yang dimaksudkan Aristoteles dengan nomina, bukan hanya sebuah substantiva, melainkan semua kata yang dapat dinominalisasikan, termasuk juga verb dan adjektiva (Kurz, 1982: 8). Dalam Kamus Linguistik karya Lewandowski (1985:708) dijelaskan bahawa metafora adalah pengalihan makna atas dasar kesamaan bentuk, fungsi, dan, kegunaan. Pengalihan makna tersebut merupakan wujud dari perbandingan dua hal secara implisit. Berdasarkan kamus Duden,,Das Bedeutungsworterbuch” (2002: 618), definisi metafora adalah 2 ’’Sprachlicher Ausdruck, be dm ein Wortgruppe) aus seinem Bedeutungszusammenhang in einen ubertragen, als Bild verwendet wird: >>der Himmel weint<< ist eine Metapher fur >>es regnet<<; in Metaphern reden. Berdasarkan penjelasan di atas, metafora didefinisikan sebagai ungkapan bahasa yang digunakan dalam ungkapan lain yang berbentuk penggambarkan. Contohnya. Der Himmel weint (langit menangis) merupakan metafora dari es regnet (hujan). Titik air mata yang dikeluarkan pada saat menangis digunakan untuk menggambarkan hujan. Dalam bahasa yang mudah metafora merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh hitung) dengan kata abstrak (tidak boleh hitung). Contohnya, perahu duka. Perahu (konkrit), duka(abstrak). Ladang kesabaran. Ladang (konkrit), kesabaran (abstrak). Perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya. Contoh, bak samudera hampa (simile), ibarat lautan fikiran (simile), samudera hampa (metafora), lautan fikiran (metafora). 2.0 Lima contoh metafora dalam bahasa melayu 2.1 Langit menangis Metafora Langit menangis adalah pebandingan secara langsung yang membawa maksud hujan. Langit adalah unsur alam semulajadi yang paling hampir dan paling dekat dengan kita. Setaip hari kita akan memandang ke langit untuk mencari melihat keindahan langit yang dicipta oleh yang maha Esa untuk kepentingan manusia sejagat. Langit merupakan objek yang tidak bernyawa yang diberikan dengan sifat perorangan di mana langit telah diberi sifat sebagai manusia. Manusia menangis mungkin disebabkan oleh kesedihan dan mungkin juga manusia menangis kerana terlalu gembira. Sifat semulajadi manusia akan bertindak balas dengan ransanagan yang diterima. Kesedihan yang dialami oleh manusia mungkin disebabkan oleh dirinya sendiri,orang lain,dan mungkin juga ada kaitan dengan persekitaran dan alam semulajadi. Manusia akan sedih bila tidak mendapat sesuatu yang dihajati atau sesuatu yang amat diharapkan tidak menjadi kenyataan atau kesampaian. Sebagai contoh dalam kehidupan seharian dalam keluarga memang mengharapakan sebuah 3 keluarga bahagia sehingga ke akhir hayat. Tetapi bukan semua keluarga dapat hidup dan membina keluarga bahagia. Berlaku kes perpecahan keluarga kerana kegagalan mengekalkan keharmonian dalam keluarga. Berlaku perceraian ibu bapa kerana mereka tidak dapat mengekalkan hubungan baik antara keluarga suami dan isteri. Dalam keadaan terlalu gembira juga manusia akan menangis. Sebagai contoh pelajar SPM yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, mereka menangis kerana lulus dengan cemerlang. Gabungan unsur alam langit dan sifat manusia menangis telah membentuk metafora langit menangis. Metafora langit menangis adalah sebuah metafora yang cukup indah dan menarik dan jika dibuat kajian dengan teliti boleh membawa makna yang berbagai-bagai. Terpulang kepada individu untuk mentafsirnya. 2.2 Perahu duka Metafora perahu duka juga merupakan suatu objek yang tidak bernyawa diberikan sifat perorangan.Makna dan maksudnya cukup mendalam.Jika dikaji dan dibuat analisis berbagai kesimpulan yang tersurat dan tersirat yang dapat diungkapan. Dalam kehidupan masyarakat melayu lama,perahu amat rapat dan amat dekat dengan kehidupan seharian mereka. Perahu adalah keperluan yang amat penting kepada masyarakat melayu lama. Mereka menggunakan perahu sebagai pengangkutan untuk pergi dari suatu tempat ke suatu tempat.Jika dahulu sungai merupakan jalan perhubungan yang penting dalam masyarakat maka mereka tidak dapat dipisahkan dengan perahu. Dimana ada sungai,maka di situlah ada perahu.Duka pula membawa maksud sedih,kecewa dan putus harapan. Mungkin juga duka membawa maksud sangat sedih atau terlalu kecewa. Gabungan perkataan ’perahu’dan ’duka’ dapat membentuk sebuah metafora yang cukup indah dan menarik. Perahu duka adalah metafora yang sangat sesuai dengan penggunaan seharian. Metafora perahu duka membawa maksud kesedihan yang dialami oleh orang yang ditujukan. Biasanya dalam mengharungi kehidupan ini berbagai halangan dan cabaran yang terpaksa 4 dilalui dan ditempuhi oleh insan yang bergelar manusia. Selagi kita bernama manusia,selagi itulah kita akan diuji dengan pelbagai masalah dan halangan. Jika kita sabar menempuh segala rintangan yang mendatang dan tabah menghadapi kesulitan yang tiba, maka kita adalah antara golongan yang menghampiri kejayaan. Saya akui, bukan senang hendak berjaya dan bukan mudah untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Hanya orang-orang yang berani,rajin,tekun dan bersemangat tinggi sahaja yang boleh berjaya. Oleh itu metafora perahu duka membawa maksud yang tepat dan bersesuaian dalam kehidupan seharian. Perahu membawa maksud perjalanan hidup manusia. Perahu yang digunakan di sungai sentiasa terapung-apung di dalam sungai dan jika dibiarkan tanpa diikat atau didayung, akan hanyut dibawa arus. Begitu juga halnya kita sebagai manusia, Jika kita tidak pandai menguruskan kehidupan ini dengan bijak, kita juga akan kecundang. Oleh itu pemilihan metafora perahu duka amat sesuai dengan kehidupan seharian kita. 2.3 Ladang Kesabaran ’Ladang’ merupakan suatu objek yang tidak bernyawa yang diberikan sifat perorangan. Kesabaran pula merupakan sifat yang perlu ada dalam setiap individu. Ladang juga amat rapat dengan kehidupan masyarakat melayu dahulu. Mereka bercucuk tanam di ladang. Kehidupan mereka tidak boleh dipisahkan dengan ladang kerana di situlah sumber rezeki untuk mereka. Penggunaan metafora ladang kesabaran amat hampir dan jelas dalam kehidupan seharian masyarakat melayu. Metafora ladang kesabaran memberi maksud seseorang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Sememangnya orang-orang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi adalah orang-orang yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Bukan senang dan bukan mudah untuk mencapai tahap kesabaran tinggi. Orang-orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi inilah yang akan berjaya kerana mereka tidak mudah putus asa. Mereka akan berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan erti jemu. Orang-orang sebeginilah boleh maju kehadapan dan biasanya akan berjaya mencapai cita-cita atau apa yang dihajati. Bagi orang-orang yang lemah pula mereka tiada mempunyai ketahanan diri yang cukup kuat. 5 Mereka mudah mengaku kalah dan cepat berserah kepada takdir. Orang-orang sebegini amat sukar dan susah hendak berjaya. Oleh itu, penggunan metafora dalam kehidupan seharian masyarakat amatlah sesuai dan jelas. 2.4 Lautan Fikiran ’Lautan’ juga merupakan suatu objek tidak bernyawa yang diberikan sifat perorangan. Manakala fikiran pula merupakan akal manusia yang berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan masing-masing. Metafora lautan fikiran membawa maksud berfikiran luas. Orang yang berfikiran luas adalah orang yang bijak menguruskan kehidupan masing-masing. Kita sepatutnya berfikiran luas dalam membuat sesuatu tindakan atau keputusan supaya tidak melakukan kesilapan atau membuat keputusan yang salah. Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat,konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Dewey (1910) pula menegaskan, pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.Manakala menurut pandangan islam , berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur. Berdasarkan pandangan di atas, konsep pemikiran boleh dirumuskan sebagai satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang timbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami. Teori Robert Sperry pula menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik,analitis urutan atau susunan bahasa fakta,matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran 6 berfikir dalam bidang berupa kreatif,sintesis,warna,reka bentuk di samping perasaan,irama,muzik dan imaginasi. Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanak dan kiri hendaklah dikembangkan sesuai dengan metafora lautan fikiran. 2.5 Peribahasa Harapkan Pagar ,Pagar Makan Padi ’pagar’ merupakan suatu objek tidak bernyawa yang diberikan sifat perorangan dimana pagar di sini dikatakan berupaya untuk melakukan aktiviti yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan hidup seperti ’makan’ sewaktu perut berasa lapar. Metafora ini cukup indah dan menarik untuk dihayati maknanya. Dalam masyarakat melayu dahulu, aktiviti pertanian sangat penting kerana menyumbangkan kepada ekonomi keluarga. Mereka bertani untuk sara diri keluarga dan sebahagian untuk dijual dan aktiviti perdagangan. Padi merupakan tanam utama yang ditanam. Menanam padi memerlukan perhatian dan jagaan yang rapi seperti mencabut rumput, meracun serangga dan lain-lain lagi. Jika perlu, pagar dibina supaya dapat mengelakkan pokok padi dirosakan atau dimakan oleh haiwan lain. Pagar dan padi mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat melayu. Metafora pagar makan padi amat jelas memberi makna kepada orang diharap untuk menjaga sesuatu benda ,perkara,atau amanah tetapi telah mungkir atau tidak melaksanakan amanahnya dengan jujur dan berkesan. Malahan dia sendiri yang merosakkan amanah yang diberikan. Metafora ini juga memberi pengajaran kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati apabila memilih atau melantik seseorang untuk memegang tanggungjawab. Sebagai contoh untuk memilih jawatan ketua, mestilah memilih seseorang yang betul-betul bertanggungjawab dan boleh dipercayai supaya tidak berlaku seperti metafora pagar makan padi. Dalam kes ini ada juga persaman dengan haruan makan anak. Haruan makan anak membawa maksud yang hampir sama. Metafora pagar makan padi amat jelas dalam penggunaan seharian dalam masyarakat sebagai peringatan dan paduan kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai kepada seseorang. 7 3.0 Rumusan Metafora adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej. Penggunaan metafora juga berkait rapat dengan kepercayaan, sikap dan nilai masyarakat. Metafora juga mempunyai hubungan dengan personifikasi iaitu perbandingan benda dengan sifat manusia.Menurut Lakoff (1980:33), metafora juga mencakup personifikasi. Personifikasi ini dapat dilihat dalam konteks dan yang dibandingkan adalah sesuatu yang bukan manusia (nonhuman) dengan manusia (human) yang memiliki,motivasi,karakter,dan kegiatan yang dilakukannya. Personifikasi ini dapat dimasukkan ke dalam teori interaksi kerana personalfikasi tidak dapat dianalisis secara sendiri, tetapi harus dilihat dari konteks kalimatnya, setelah itu baru dapat ditentukan bahawa kata itu merupakan personalfikasi atau bukan. Kesimpulannya metafora adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu.Penggunaanya berkaitan rapat dengan kepercayaan, sikap dan nilai masyarakat. Penerimaan berkait dengan pengalaman bahasa dan ia bersifat realtif. 8 Tugasan B 1.0 Pendahulan Secara umumnya,semantik ialah satu bidang yang terdapat dalam ilmu linguistik yang mengkaji tentang makna sesuatu perkataaan,frasa,ayat dan ujaran. Istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu sema yang bermaksud isyarat. Perkataan sema akan menerbitkan kata se mainein yang bermaksud bererti. Kemudian se mainein diinggeriskan menjadi semantics, dan dalam bahasa melayu menjadi semantik.Dari sudut istilah, semantik merujuk kepada sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa (Kamus Linguistik,1997 dipetik daripada Haji Mohd Isa bin Abdul Razak,2003). Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, semantik membawa maksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, semantik boleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan. Bahasa merupakan satu gelombang suara atau tulisan yang semuanya merujuk kepada satu makna yang tentu yang bertindakn untuk menyampaikan maklumat atau hasrat. Bunyi ucapan dan coretan tulisan merujuk hal tentang makna merupakan sejenis tanda.Kajian ke atas sistem tanda dikenali sebagai semiotic atau semiology (Ahmad Mahmood Musanif 2004). Asasnya, makna sesuatu perkataan diperolehi dengan merujuk kepada sesuatu benda. Contohnya, ’ini bola’ sambil merujuk ke arah sebiji bola. Makna perkataan bola didapati apabila kita melihat sebiji bola. Namun apabila sesuatu perkataan itu tidak mempunyai benda yang hendak ditunjuk atau bersifat abstrak seperti perasaan maka perkataan tersebut tidak diberikan makna. Oleh itu timbullah dalam bidang semantik istilah seperti sinonim,antonim,polisim dan hiponim. Dengan ini makna sesuatu perkataan boleh diberikan dengan merujuk perkataan-perkataan lain yang mempunyai hubungan dengan sesuatu perkataan yang lain(AdenanS,Ayob,2007) 9 1.1 Hubungan perkataan dengan makna Menurut Abdullah Hassan ( 1981 ) ”kata-kata mengandungi makna dan bagaimana kata-kata itu berhubungan sebenarnya bergantung pada bagaimana pengguna sesuatu bahasa tersebut dapat menyusun segala pengalamannya dalam bentuk kata-kata”. Perkataan- perkataan dalam sesuatu bahasa boleh mempunyai hubungan antara satu sama lain. Hubungan-hubungan ini mungkin berdasarkan kesamaan makna ( sinonim ), perlawanan makna ( antonim ), hubungan kekeluargaan ( hiponim ), serta kesamaan bunyi dan bentuk ejaan tetapi berbeza maknanya dalam konteks yang berlainan ( polisem ). 2.0 Kata Sinonim Perkataan sinonim berasal daripada bahasa Yunani kuno, iaitu onoma yang bermaksud ’nama’ dan ’syn’ yang bermaksud nama lain bagi benda tauhal yang sama. Menurut kamus Dewan Edisi keempat ( 2005 ) mendefinisikan sinonim sebagai kata yang sama tau hampir sama maknanya dengan kata lain. Kamus Luinguistik ( 1997 ) pula mendefinisikan sebagai dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama dalam sesuatu bahasa. Contoh sinonim yang didefinsikan dalam dua kamus tersebut adalah seperti perkataan cantik dan indah. Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Contoh-contoh perkataan sinonim lain yang boleh menerangkan definisi kesamaan makna seperti yang dijelaskan dalam Kamus Dewan dan Kamus Linguistik adalah seperti suka dan gemar,cepat dan pantas,bijak dan pintar,laju dan deras serta lain-lain perkataan lagi. Hubungan makna antara dua patah perkataan yang bersinonim bersifat dua hala. Jika bijak dikatakan bersinonim dengan cerdik, maka cerdik juga bersinonim dengan bijak. Dalam definisi di atas, dikatakan bahawa makna perkataan-perkataan yang itu ” lebih kurang sama” maksudnya unsur kesamaan itu tidak seratus-peratus sama. Perbezaan makna ini dapat dilihat daripada beberapa konteks. 10 (a) Konteks yang tidak boleh ditukar ganti- Sebagai contoh perempuan dan wanita walaupun bersinonim tetapi ungkapan persatuan persatuan wanita tidak boleh ditukar ganti dengan persatuan perempuan. (b) Konteks yang formal dan tidak formal – misalnya, kata ganti nama diri orang pertama saya digunakan dalam suasana formal sebaliknya kata aku digunakan dalam situasi tidak formal. (c) Konteks susun lapis masyarakat – sebagai contoh, kata ganti nama diri orang pertama beta digunakan oleh raja untuk menyebut diri baginda tetapi bagi rakyat biasa kata ganti diri untuk menyebut diri apabila berhubungan dengan golongan diraja ialah patik. (d) Konteks perbezaan penggunan – contohnya, kata mati diguna dalam konteks biasa sedangkan ungkapan meninggal dunia digunakan dalam konteks yang lebih sopan. Selain itu, terdapat beberapa aspek yang terdapat dalam sinonim yang menarik perhatian kerana; (a) Tidak semua kata dalam bahasa melayu mempunyai sinonim. Misalnya, kata hujan,padi,dan batu tidak mempunyai sinonim. (b) Ada kata yang bersinonim pada bentuk kata dasar, tetapi tidak bersinonim pada bentuk kata terbitan.Misalnya,kata benar bersinonim dengan sungguh tetapi kebenaran tidak bersinonim dengan kesungguhan. (c) Terdapat kata yang tidak mempunyai sinonim pada bentuk dasar tetapi memiliki sinonim pada bentuk terbitan. Misalnya kata tinggi tidak bersinonim dengan kata tingkat tetapi kata meninggikan bersinonim dengan kata meningkatkan seperti dalam ungkapan meninggikan taraf hidup dan meningkatkan taraf hidup. 11 (d) Ada kata yang menurut makna asalnya tidak bersinonim,tetapi mempunyai sinonim apabila digunakan sebagai kiasan.Misalnya, kata hitam tidak bersinonim dengan jahat dalam pengertian sebenarnya tetapi bersinonim apabila kata hitam digunakan sebagai kiasan seperti dalam ungkapan watak hitam sama erti dengan watak jahat. Kata sinonim ialah kata yang hampir sama maksudnya. Oleh itu, kata yang bersinonim boleh bertukar ganti dalam ayat.Penggunaannya bergantung kepada pilihan penulis atau kelaziman penggunaannya.Perhatikan contoh-contoh ayat berikut. 1. abad = kurun Kita bharu sahaja melangkah meninggalkan abad (kurun) ke-20. 2. abdi = hamba Pada zaman penaklukan oleh kuasa-kuasa Barat, perniagaan abdi (hamba) memainkan peranan utama. 3. adil = saksama Pengadil sesuatau pertandingan hendaklah membuat keputusan yang adil (saksama) 4. mengajak = mempelawa Arbi sudah beberapa kali mengajak ( mempelawa) saya kerumahnya. 5. akal = fikiran Kita hendaklah sentiasa menggunakan akal( fikiran ) sebelum melakukan sesuatu. 12 6. disiplin = tatatertib Peraturan yang mesti dipatuhi. Tindakan akan diambil terhadap murid-murid yang melanggar disiplin. 7. dukacita = gundah perasaan sedih hati Orang tua itu amat dukacita kerana anaknya mahu menghantarnya ke rumah orang tua. 8. emak = bonda,ibu,ibunda Perempuan yang melahirkan kita Emak saya sedang memasak 9. enak = lazat sedap rasanya Wah, enak sungguh kari ayam ini! 10. gaji = upah Wang yang dibayar dalam tempoh yang ditetapkan kepada seseorang kerana melakukan sesuatu kerja. 13 Dia bekerja pelayan di restoran itu dengan mendapat gaji RM 600 sebulan. 3.0 Kata Antonim Perkataan antonim juga berasal daripada bahasa Yunani kuno, iaitu onoma yang bererti ’nama’ dan anti yang bererti ’melawan’.( Nik Safiah Karim dan Norliza Kamaruddin, 2004 ) Oleh itu,antonim bermaksud perkataan yang maknanya dianggap berlawan atau ia juga boleh dikatakan kebalikan daripada sesuatu perkataan. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd ( 1994) pula berpendapat antonim merupakan kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain putih lawannya hitam, tinggi lawannya rendah, benci lawannya sayang. Manakala Abdullah (2005) memanggil antonim itu sebagai perkataan berlawan, misalnya, perkataan luas berlawanan maknanya dengan perkataan sempit.Bagi pendapat seorang pakar bahasa iaitu Asmah Haji Omar ( 2008 ), menyatakan antonim sebagai kata lawan dan maknanya ialah kata yang mempunyai pertentangan dari segi maknanya dengan kata lain. Sebagai contoh kata besar mempunyai kata lainnya iaitu kata kecil. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2010 ), antonim membawa maksud yang berlawan kata lain misalnya tinggi lawan kepada rendah. Berdasarkan kepada pendapat ahli-ahli bahasa tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa antonim ialah sesuatu kata yang mempunyai kata yang berlawanan dengannya seperti jantan lawannya betina, masam lawannya manis, ringan lawannya berat dan sebagainya. 3.1 Pembahagian antonim Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim, dan Moh Ra’ in Shaari ( 2009 ), antonim boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu antonim berpasangan, antonim berperingkat 14 dan antonim berhubungan. Kategori-kategori ini dapat dihuraikan sebagai berikut: (a) Antonim berpasangan merujk kepada kata nama yang sering dianggap mempunyai makna berlawanan, Abdullah Hassan (2005). Antonim ini jenis ini dipanggil sebagai antonim penggenap oleh ahli bahasa. Selain itu, ia juga dipanggil dengan nama antonim komplimentarian. Hal ini membawa maksud bahawa item-item yang sering kita dengar dan lihat sebagai pasangan seperti lelaki lawannya perempuan, hidup lawannya mati, siang lawannya malam dan banyak lagi item-item yang boleh kita senaraikan sebagai antonim berpasangan. Bagi Parera J.D (2004), beliau menyifatkan antonim berpasangan dikenali sebagai pertentangan berbalasan di Indonesia. Pertentangan berbalas ini menuntut balasan atau timbal balik sesuatu kata sebagai pelengkap makna dan ia perlu bersesuaian dengan sesuatu konteks. Contohnya tanya lawannya jawab, positif lawannya negatif, membeli lawannya menjual. (b) Antonim Berperingkat Antonim jenis ini juga dikenali sebagai antonim tafsiran ( Redible Antonimy ). Antonim berperingkat sering dikaitkan dengan kata adjektif. Antara kata adjektif yang sering dikaitkan ialah putih lawannya hitam, tua lawannya muda, tinggi lawannya rendah dan seumpamanya. Namun begitu ,Abdullah berpendapat perlawanan makna bagi kata adjektif mempunyai perbezaan. Perbezaan ini wujud berdasarkan konteks ayat. Misalnya ’sekeping papan yang lebar adalah lebih kecil daripada sebuah sungai yang lebar,’ ’seluar pendek jauh lebih pendek dari galah yang pendek,’ (c) Antonim Berhubungan 15 Menurut Abdullah Hassan, antonim berhubungan ialah sesuatu perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan, Namun begitu makna bagi perkataan itu saling berhubungan. Bagi Parera J.D, antonim berhubungan disebut sebagai pertentangan kenasabahan. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan kenasabahan sebagai perbandingan, pertalian dan perhubungan. Menurut Parera J.D lagi, antonim jenis ini adalah pertentangan yang menunjukkan hubungan dalam kekeluargaan,tugas atau sesuatu organisasi. Contohnya pria lawannya wanita, komandan lawan perajurit dan kakak lawan adik. Kata antonim ialah kata yang berlawanan maksudnya. Perhatikan contoh di bawah yang menunjukkan kata yang berlawanan maknanya dan penggunaannya. 1. Amizan baru sahaja mendapat kerja tetap di syarikat itu. 2. Amizan baru sahaja mendapat kerja sementara di syarikat itu. 3. Anak sulung Encik Bakar baharu sahaja menerima ijazah. 4. Anak bongsu Encik Bakar baharu sahaja menerima ijazah. 5. Pegawai itu mengasingkan barang-barang yang cacat 6. Pegawai itu mengasingkan barang-barang yang sempurna. 7. Cikgu Siow memanggil semua pelajar yang gagal dalam ujian itu. 8. Cikgu Siow memanggil semua pelajar yang berjaya dalam dalam ujian itu. 9. Bagi saya, pertunjukan silap mata itu agak istimewa. 16 10. Bagi saya,pertunjukan silap mata itu agak biasa. 11. Pegawai itu mengasingkan barang-barang yang sempurna. 12. Cikgu Siow memanggil semua pelajar yang berjaya dalam ujian itu. 13. Cikgu Siow memanggil semua pelajar yang gagal dalam ujian itu. 14. Bagi saya, pertunjukan silap mata itu agak istimewa. 15. Bagi saya, pertunjukan silap mata itu agak biasa. Perkataan yang dihitamkan dalam ayat- ayat di atas berlawanan maknanya. Tetap berlawanan sementara Sulung berlawanan bongsu Cacat berlawanan sempurna Gagal berlawanan berjaya Istimewa berlawanan biasa Beberapa contoh antonim 1.abadi- tetap ada sepanjang masa 17 >antonim – sementara Hidup kita di dunia hanyalah sementara manakala hidup kita di akhirat adalah abadi. 2. abai – tidak memberi perhatian >antonim- peduli Dia amat mempedulikan anak-anaknya walaupundia sibuk. Dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa. 3.abang – saudara kandung lelaki yang lebih tua >antonim – adik lelaki Saya berumur 15 tahun. Abang saya berumur 17 tahun manakala adik lelaki saya berumur 12 tahun. 4. abdi – orang yang menjadi milik orang lain > antonim –tuan Pada zaman dahulu, orang kulit putih di Amerika Syarikat menjadi tuan kepada abdi dari Afrika. 5. dahulu – masa yang telah lalu. > antonim – kini, sekarang Pada zaman dahulu, dinosaur mendiami bumi. Sekarang, dinosaur telah pupus. 18 6. daif – lemah dan hina > antonim – mulia Golongan yang miskin dipandang daif manakala golongan yang kaya dianggap mulia. 7. pulih – baik semula > antonim – cedera Kakinya cedera kerana dia terjatuh daripada basikal. Sebelum kakinya pulih, dia tidak dapat pergi ke sekolah. 8. sejuk – rendah suhunya >antonim – panas Bilik yang panas itu menjadi sejuk apabila penyaman udara dipasang. 9. sembuh – baik semula >antonim – cedera Kakinya cedera kerana dia terjatuh daripada basikal. Sebelum kakinya sembuh, dia tidak dapat pergi ke sekolah. 10. tawar – tidak ada rasanya seperti air paip >antonim – masin 19 Air laut masin rasanya manakala air paip tawar rasanya. 4.0 Polisemi Polisemi merupakan satu kata yang mempunyai erti lebih dari satu makna, Chaer (1994).Goay Teck Chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad, (2006) pula berpendapat polisemi diertikan sebagai satu patah kata yang mempunyai makna yang banyak atau satu set makna. Polisemi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu polisem tulen dan polisem konteks. (a) Polisem tulen Polisem tulen ialah kata polisem yang mengandungi satu senarai makna yang berlainan semuanya dan dihuraikan bahawa satu kata masukkan sahaja. Misalnya perkataan badan yang membawa erti (1) tubuh, (2) lembaga atau yayasan begitu juga dengan perkataan hangat, yang boleh bererti (1) tinggi suhunya kerana dibakar atau direbus, (2) masih baharu berlaku dan menarik perhatian orang, (3) penuh bersemangat dan berapi-api, (4) meriah (5) tegang atau genting. (b) Polisem Konteks Polisem konteks bermaksud perkataan yang mempunyai makna yang berlainan yang bergantung pada konteks. Misalnya kata bantu tentang boleh membawa maksud lawan, seperti dalam ayat ”kita tentang habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan ’bisa’ yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara 20 normalnya bisa digunakan untuk menggantikan perkataan boleh. Berdasarkan contoh-contoh di atas,tentang dan bisa bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau berasaskan konteks. Polisemi ialah bentuk kata yang mempunyai lebih daripada satu makna bergantung kepada konteks ayat. Berikut adalah beberapa contoh polisemi, maksud serta ayat. 1. Ahli Anggota pertubuhan - Saya ahli pasukan pengakap. Orang yang mahir - Orang itu mahir dalam bidang sains 2. Baik Elok - budak itu baik budi perkertinya Rapat - Farah kawan baik saya. 3. Dalam Tidak cetek - Air sungai itu semakin dalam. Berkenaan - Faiz mahir dalam bidang agama. 21 Ditimpa - Mangsa tsunami itu dalam keadaaan panik. 4. Halus Kecil-kecil - Syahira membeli gula halus dikedai itu. Lembut - Budak itu sungguh halus pekertinya. Elok dan kemas - Buatan perabot itu memang halus. 5. Besar Lawan kecil - Ikan yang dipancingnya sungguh besar. Dewasa - Anak-anak Pak Mail sudah besar belaka. Sukar di atasi - Banjir menimbulkan masalah besar di Kelantan. 6. Kecil Tidak besar - budak itu bertubuh kecil Tidak lebar/tidak luas - Jalan kecil itu baru sahaja dibaiki. Tidak banyak - gajinya kecil, cukup untuk dirinya sahaja. 7. Cerah 22 Terang - Cuaca cerah kembali selepas hujan. Siang - Tanpa disedari,hari semakin cerah. Agak putih -Kulitnya lebih cerah daripada kulit saya. 8. Lalu Melintas - Dia baru saja lalu di situ. Berdaya - Kamariah tidak lalu makan kerana deman. Terus - Farhan bangun lalu membuka pintu. 9. Makan Menguyah - Fatin sedang makan nasi. Sumber rezeki - Fakhrul merantau kerana mencari makan. Fungsi - Brek keretanya tidak makan 5.0 Homonin Sebagimana sinonim dan antonim, homonin juga berasal daripada bahasa Yunani Kuno iaitu omana yang bermaksud ’nama’ dan homo yang bermaksud ’sama’. Homonim diertikan sebagai ungkapan (perkataan,frasa atau ayat) yang bentuknya sama, sama ada daripada segi 23 ejaan, sebutan atau kedua-duanya sekali dengan ungkapan lain tetapi maknanya tidak sama dan berbeza sama sekali. Antara kata Bahasa Melayu yang tergolong dalam homonim termasuklah’ ketam’ . Dalam kamus perkataan ketam ini memiliki tiga pengertian yang berbeza ( kamus membezakan ketiga-tiganya dengan meletakkan angka roman selepas setiap kata masukkan; (i) Ketam - pisau tidak berhulu untuk menuai padi. (ii) Ketam – alat bertukang yang digunakan untuk melicinkan kayu. (iii) Ketam- binatang berkulit keras dan berkaki sepuluh. Contoh yang kedua (i) Kala- masa atau ketika (ii) .kala-sejenis binatang berkaki lapan,bersepit dan ekornya bersengat. Istilah homofon dan homograf selalu dibincangkan bersama dengan homonim. Ini adalah kerana terdapat persamaan antara perkara yang dibincangkan. Homonim dilihat dari segi bentuk kesatuan bahasanya, manakala homofon dilihat sama dari segi bunyi, contohnya buku mempunyai persamaan dari segi bunyi dan ejaan sementara homograf dilihat sama dari segi sebutan tetapi berbeza dari segi tulisan atau ejaan. Contohnya bang (azan) dengan bank(institusi kewangan) sama apabila disebut dengan sebutan baku. Contoh-contoh lain yang tergolong sebagai homofon. (i) Baka (asal keturunan) - dengan baqa (kekal) (ii) Jin(makhluk halus) - jean (sejenis seluar tebal) 24 (iii) Kari (gulai rempah) - qari (pembaca Quran lelaki) (iv) Dalam pada itu, terdapat juga perkataan-perkataan yang ditulis sama tetapi sebutannya berbeza. Contohnya, (i) Mengerat (memotong) – mengerat (merapatkan) Ini kerana huruf e mewakili dua bunyi iaitu e pepet dan e taling. contoh perkataan semak [ sema ] bermaksud belukar semak [ sema ?] bermaksud meneliti adalah dua kata yang bentuk penulisan dan pengucapannya sama tetapi ertinya berbeza. Contoh; 1.acu - Perompak itu mengacukan pistolnya ke arah pengawal bank itu. - Acuan kuih yang dipegang ibu itu berbentuk bintang. 2. ada - Ayah saya ada sebidang tanah di Indonesia. - Walaupun kurang berada hidupnya makmur,dan bahagia. 25 3.adu - Azim mengadu kenakalan adik kepada ayahnya. - Badang pun beradu dengan panglima dari benua kling itu. 4.agung - P.Ramlee dikenali sebagai seniman agung. - Mesyurat agung persatuan itu akan berlangsung pada hari Ahad. 5. aku – Aku tidak berani berkata dusta kepada kedua-dua ibu bapa. - Penjahat itu tidak mengaku akan kesalahannya. 6. alah - Dia mengalah tetapi tidak semestinya dia bersalah. - Pesakit itu alah akan ubat antibiotik itu. 7. alam.- Dia mendapat banyak pengalaman sewaktu mendaki gunung Everest. -Semua selok-belok alam ini belum di ketahui manusia. 8. cabut – Budak-budak nakal itu cabut apabila pengetua sekolah datang. - Pekebun itu hendak mencabut ubi kayu itu. 9. celah - Dia dimarahi ayah kerana suka mencelah percakapan beliau. - Dia memasukkan kertas dicelah dinding itu. 26 10 cerah – Kakak keluar rumah ketika langit kelihatan cerah. - Masa depan anda akan cerah jika anda rajin belajar. 6.0 Hiponim Hiponim berasal dari perkataan Greek yang bermaksud nama yang di bawah. Ia dapat terutamanya apabila kita menjalankan klasifikasi dalam bidang tertentu (Asha Doshi,2004). Oleh yang demikian, perhubungan ini melibatkan sesetengah item leksikal yang mempunyai makna yang lebih luas daripada item leksikal yang lain. Terdapat dua jenis perhubungan hiponimi, iaitu hubungan hiponimi sejenis dan meronimi ( Baskaran,2003;Jackson dan Ze Amvela,2000;Yule,1994). Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005) hiponim boleh didefinisikan sebagai kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain.Hubungan hiponimi sejenis adalah hubungan hirarki yang mana item leksikal yang di atas mempunyai makna yang paling umum dan boleh digunakan untuk merujuk item-item leksikal yang di bawahnya. Ia juga dikenali sebagai ”superordinat.’’ Superordinat atau hipenim ialah makna umum iaitu merangkumi makna yang luas. Item-item leksikal yang di bawahnya pula mempunyai makna yang lebih spesifik dan mempunyai unsur makna item leksikal yang di atasnya. Item-item leksikal ini dikenali sebagai ’’subordinat’’ atau hiponim. Hubungan di antara hiponim-hiponim ini dikenali sebagai ko-hiponimi (Asha Doshi,2004; Jakson dan Ze Amvela,2000). Contoh, Hiponim : kenderaan (superordinat/makna am) Hiponim : perahu,lori,bas.van.kereta,kapal terbang (makna khas/superdinat) 27 Abdullah Hassan (2005) telah membahagikan kata himponim kepada dua bahagian iaitu: (i) Hiponim tulen-struktur hiponim tulen berlaku apabila ada satu perkataan yang mempunyai makna yang luas dan umum mencakupi makna dua atau lebih perkataan lain. (Abdullah Hassan.2005) Contoh hiponim tulen dalam bahasa melayu dapat dilihat dalam perkataan ’padi’ . Perkataan padi mempunyai dua perkataan dalam golongannya, iaitu beras dan nasi. Dalam hal ini makna beras dan nasi tercangkup dalam makna perkataan padi dan mempunyai maksud yang tersendiri. Adalah kata-kata yang terwakili ertinya oleh kata-kata hipernim. Umumnya kata-kata hipernim. Contoh; 1. Hipernim: hantu, hiponim: pocong,kantong,wewe, sundal bolong,kuntilanak,toyol,dan lain-lain lagi. 2. Hipernim: Ikan; hiponim: lumba-lumba,tenggiri,yu,netok,pari,sardin dan lain-lain lagi. 3. Hipernim: Kuih; hiponiam : apam, puteri mandi,lompat tikam,karipap,lopeh ,cucur,seri muka ,dan lain-lain lagi. 28 6.0 Kesimpulan Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa jenis hubungan makna dalaman (sense) di antara leksim-leksim dalam sesuatu bahasa, dan dalam bidang tatahias bahasa melayu leksim-leksim ialah seperti sinonim,antonim,polisemi,homonin dan hiponim. Sinonim dan hiponimi adalah paling luas digunakan dalam memberikan makna. Dalam perhubungan sinonimi,laras bahasa formal atau tidak formal, daftar kegunaan dan konotasi menghasilkan sinonim. Dalam semantik leksikal, hiponim pula banyak berkaitan dengan warna dan tona warna, dan bahagian-bahagian kediaman. Berdasarkan pembacaan dan penelitian saya, bangsa melayu memilik satu khazanah berharga iaitu lekasikal semantik. Semantik adalah lambang kehebatan orang-orang melayu dalam berbahasa. Kesan dari arus globalisasi yang keras ini, penggunaan semantik kian terpinggir dalam masyarakat melayu sendiri. Semua pihak harus bekerjsama agar pusaka berharga ini tidak terus tenggelam di bawa arus modenisasi. 29 Rujukan 1.Abdullah Yusuf , (2009), Semantik dan Pragmatik Bahasa melayu.Kuala Lumpur:Penerbit Icon Regian Sdn. Bhd 2. Abdullah Hassan (2006), linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd 3.Abdullah Yusof,Alias Mond Yatim dan mohd Ra’in Shaari.(2009), Semantik dan Pragmantik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd 4.Jose Daniel Parera,(1990),Teori Semantik Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan.Jakarta.Penerbit Erlangga:Jakarta 5.Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka 6.Kamus Dewan Edisi Keempat (2010).kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan pustaka 7.www.giilib.ui,ac.id/file 8.www.sentra-eduksi.com/2009/09/ 9.www.slideshare.net/cikgunis/polisemi

1 comment: